Pagi tadi ketika saya nak ke pejabat, saya ternampak sebuah kereta memberi signal untuk membelok ke kanan. Ketika itu kereta tersebut berada di lorong kanan di sebatang jalan yang tiada divider. Maknanya jalan tersebut hanya dipisahkan oleh garisan putih dengan laluan menentangnya. Faham dak? Faham kot.

Saya memerhati dari jauh kerana kebetulan saya menuju ke arah kereta itu yang berada di lorong bertentangan dengan saya. Tetapi yang saya perasan kereta itu tidak membelok ke kanan walaupun signal diberi dan tiada kereta dari arah bertentangan (saya jauh lagi nak sampai ke arah kereta tu). Mungkin pemandunya baru nak belajar memandu dan kekok lagi kot.

Elok saya sampai berdekatan kereta tersebut, saya dapati tiada kelibat sesiapapun dalam kereta tersebut. Biar betul? Lalu saya meneruskan perjalanan saya dan apabila saya toleh ke belakang, barulah saya nampak pemandunya kembali ke kereta dari seberang jalan. Rupanya dia parking kereta di tengah jalan!

Tak pernah dibuat Dek Orang? Aik tapi pemandu tu buat. Hehehe… Macam… Macam…

p/s: Apalah sebabnya dia parking kereta tengah jalan?