Categories
Rencana

Kuasa Medium Baru (Internet)

Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sebentar tadi menyaksikan bahawa Medium baru (internet) kini tidak harus diperlekehkan. Medium baru ini kelihatan lebih telus dan mencabar minda walaupun begitu banyak anasir yang mungkin boleh dianggap sebagai tidak beretika tetapi kebebasan berhujah, menilai, mentafsir dan memberi pandangan menjadikan medium baru ini begitu berkuasa.

Kebanyakan pengundi muda kini sudah tidak melayan komunikasi satu hala tetapi lebih menggemari komunikasi dua hala yang membolehkan mereka berhujah dan menyuarakan pendapat mereka sekaligus dapat memberikan mereka gambaran sesuatu isu dengan lebih mendalam.

Meremehkan medium baru merupakan satu kesilapan yang amat besar bagi parti yang bertanding. Analisis Pilihanraya Umum ke-12 tempohari jelas mempamerkan betapa medium baru ini semakin menjadi alternatif bagi khalayak ramai terutamanya golongan muda.

Seharusnya pihak yang tewas mengkaji dengan jujur bagaimana untuk menjadikan medium baru ini sebagai medium yang akan memberi kelebihan kepada mereka. Pilihanraya Umum lepas telah memberikan begitu banyak pengajaran dan disusuli oleh Permatang Pauh. Kegagalan memahami isyarat ini merupakan satu malapetaka besar bagi pihak yang tewas tadi.

Zaman semakin berubah, jika dahulu begitu banyak berita disuap tanpa usul periksa kini keadaan sudah berubah. Dunia boleh diibaratkan hanya di hujung jari dan maklumat. Sebenarnya evolusi ini sudah bermula sejak tahun 1998 lagi dan ia berterusan sehingga kini.

Ia harus dinilai secara jujur agar ia dapat memberi faedah kepada pihak yang bertanding. Secara jujurnya media konvensional kini hanya dijadikan medium untuk berhibur daripada medium untuk mencari informasi!

Fikir-fikirkanlah…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.