Hmmm… Saya sebenarnya sempat menonton berita dua tiga hari lepas berita memaparkan seorang wartawan Iraq melemparkan kasutnya ke arah Presiden Amerika, George W Bush. Sebelum itu lagi saya dah baca di Internet dan saya dapat saksikan menerusi berita tersebut apa yang berlaku. Nak tergelak pun ada melihatkan betapa kagetnya Bush ketika itu tetapi pantas juga Bush mengelak!

Begitu juga dengan kawalan keselamatan di sekeliling Bush ketika itu. Kalaulah pistol di tangan ketika itu, mungkin dah lama Bush menghembuskan nafas terakhirnya atau setidak-tidaknya berehat di hospital.

Saya terfikir, apa akan jadi andai kasut itu terkena kepala Bush? Bagi saya mungkin Bush akan rasa sakit dan penghinaan ke atas Bush menjadi lebih meriah dan akan jadi bahan jenaka yang berpanjangan. Namun kena atau tidak motif tindakan tersebut sudahpun tercapai.

Apa tandanya balingan kasut dalam budaya Arab?

Menerusi pembacaan yang saya lakukan ia merupakan satu tanda penghinaan kepada sesiapa yang mereka benci. Ia seolah menyatakan yang orang dibaling itu adalah lebih hina dari kotoran yang ada pada kasut di bawah tapak kaki mereka. Tidak hairanlah mereka meraikan saat-saat itu.

Tindakan El-Zaidi atau pun Muntadhar El-Zaidi sememangnya telah mencemarkan imej Bush dan ia juga memberi amaran tersirat kepada Obama agar lebih menghalusi dasar luar Amerika di Timur Tengah.

Tindakan El-Zaidi tu pun dah menimbulkan rasa fobia di sesetengah negara bimbangkan ia menjadi tradisi wartawan meluahkan kebencian. Apa pun dari segi moral memang dapat diluahkan tapi ia bukan kemenangan mutlak kerana untuk mengatasi kekejaman dan ketidakadilan Yahudi, tiada cara lain yang lebih ampuh selain Umat Islam seluruh dunia bersatu. Cukup menyedihkan hingga ada Umat Islam terpaksa makan rumput!

Andai Kasut Itu Terkena Kepala Bush………………………………………..