Categories
Diari

Letih Tetapi Kena Kuat

Sejak November 2019 saya bekerja hampir setiap hari termasuk Sabtu Ahad. Beberapa kali cuti terpaksa dibatalkan dan pada hari yang saya dah ambil cuti pun, saya perlu datang ke pejabat.

Hari ni saya masih di pejabat sehingga jam melewati 11 malam. Terasa begitu letih dan walaupun saya rasa seperti hendak demam, saya kena lawan dan kuatkan semangat.

Satu motivasi saya ialah saya fikirkan yang kerja keras saya ini adalah untuk membantu pesakit pesakit di hospital yang kalau saya lihat amat mengharapkan perkhidmatan kepada mereka tidak terjejas. Saya yakin suatu hari nanti Allah akan beri ganjaran yang setimpal kalau tidak di dunia, di akhirat kelak.

Buat masa ini, saya kena KUAT dan TERUS BERSEMANGAT

YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN!

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.