Saya biasanya mengisi minyak di Sebuah Stesen Minyak di Jalan Cheras.

Beberapa minggu lepas, saya perasan seorang lelaki agak selekeh menjual keropok lekor di tepi laluan Stesen minyak tersebut. Timbul rasa kasihan tetapi saya tak rasa nak beli keropok lekor tersebut. Jadi setelah membeli sedikit barang, saya beli lah sebotol air teh sejuk dan berikan kepada beliau. Beliau amat terkejut dan mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada saya.

Lega rasanya melihatkan beliau dapat menikmati sedikit kesenangan walaupun sementara. Setiap kali saya lalu di stesen minyak tersebut, beliau akan melambai mesra kepada saya sehinggakan semalam, beliau menyekat saya dan ingin memberi sedikit keropok lekor kepada anak saya. Terpaksa saya menolak sebab saya tak sampai hati nak terima bukan kerana saya tak suka tetapi nilai yang hendak diberikan itu, terlalu besar bagi diri beliau. 

Nyata, beliau hendak membalas jasa saya yang tak seberapa itu dengan sesuatu yang amat bernilai bagi beliau. Sememangnya saya tabik kepada beliau. Dalam kesusahan tetapi masih mampu hendak sedekah dan berbuat kebaikan! Ia banyak menyedarkan diri saya agar lebih banyak memberi.

Sesungguhnya, saya kagum dengan beliau, InsyaAllah saya akan terus membantu beliau.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………