Hari pertama bekerja di tahun 2017, saya tiba tiba dikejutkan dengan satu mesej SMS yang mengucapkan selamat datang atas langganan ke atas www.gameszone.com.my dan saya akan dikenakan caj sebanyak RM2 seminggu! Amboi! Tiba tiba sahaja… Saya tak pasti macamana boleh dapat mesej tersebut sedangkan saya tak pernah melanggan atau hantar SMS langganan. Ini sudah lebih!

Lalu saya call Celcom Sutomer service dengan mendail 1111 (Bagi pelanggan Celcom) dan mereka mengatakan ada banyak cara langganan boleh dilakukan dan ini adalah pihak ketiga dan mereka tidak boleh berbuat apa apa. Apa lagi, memang benganglah saya sebab tak pernah pun langgan apa apa atau hantar apa apa SMS. Ni cara nak curi duit. Saya dinasihatkan agar menghantar mesej STOP ALL kepada nombor tersebut yang mana saya lakukan.

 

Tetapi saya tidak puas hati, terus saya hantar emel ke support@gameszone.com.my untuk minta mereka hentikan langganan ‘HARAM‘ tersebut. Alhamdulillah mendapat respon yang baik. Saya akan tunggu 10hb ini sama ada ia berkesan atau tidak. Jika tidak, saya akan buat tindakan selanjutnya. Saya akan kemaskini di sini nanti hasilnya…

KEMASKINI

Alhamdulillah saya dah tak terima apa apa SMS dari gameszone.com.my lagi dah selepas 10hb Januari 2017