Pagi tadi selepas hantar anak ke sekolah, saya menaiki motor hendak keluar dari simpang untuk belok ke kiri. Kemudian ternampak sebuah lori dari jalan utama. Walaupun jarak yang agak jauh, saya tidak terus masuk ke jalan utama dengan niat, biarlah lori tersebut jalan dahulu lagi pun saya bercuti hari ni, tiada apa yang nak dikejarkan sangat. Lama saya menanti dan apabila hampir dengan saya ia tiba tiba membelok tanpa signal. Hehehe… Apa nak dikata senyum sahaja lah. Pagi pagi ni kena tampil dengan aura positif.

Kemudian saya teruskan perjalanan dan sekali lagi di belakang sebuah lori, tiba tiba lori itu memperlahankan kelajuan dan membelok kiri juga dengan tidak memberi signal. Haish… Macam macam. Hehehe… Senyum sahaja lah. nak buat macamana, marah marah nanti terjejas aura positif pada diri.

Senyum….. 🙂