Alhamdulillah, terima kasih semua yang hadir ke rumah terbuka Aidilfitri saya.

Maaf atas sebarang kekurangan memandangkan ini kali pertama saya anjurkan dan dalam beberapa keadaan saya tak dapat nak kawal semua sewaktu penuh dengan tetamu hingga saya perlu menggunakan dua bilik untuk menampung tetamu yang ramai.

Kepada yang mesej dan telefon tidak dapat hadir, tiada masalah. InsyaAllah di kelapangan yang lain, kita bertemu jua…

Mulanya rasa macam tak akan memenatkan sebab menggunakan catering. Tak perlu memasak cuma pi ambil makanan dan hidangkan. Tetapi rupa-rupanya cukup memenatkan! Dari pagi dah kena ambil makanan mengangkut barang berseorangan tatkala wife menguruskan rumah dengan ‘gangguan’ Syasya dan Syafi.

Bila malam, badan terasa cukup penat dan mata amat mengantuk. keesokan paginya jenuh nak cuci dan angkut pula peralatan. Fuh! Memang memenatkan. Nasib baik saya ambil cuti, jika tidak memang terlena di meja pejabat jadinya.

Apa pun, terima kasih semua dan InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan buat lagi…