Le Tour De Langkawi 2010

1 03 2010

Hari ini bermulanya Le Tour De Langkawi 2010.

Kalau zaman saya study dan banyak masa lapang dahulu, saya memang mengambil tahu tentang kejohanan ini dan menanti di tepi jalan menyaksikan perlumbaan ini. Beberapa kali juga saya menang hadiah sempena kejohanan ini terutamanya melalui slot Radio 1 KL, Arena Sukan (Cukup Nostalgik slot ini kepada peminat sukan terutamanya bolasepak suatu ketika dahulu)

Cuma hari ini saya cuma nak berkongsi kedukaan Tun Mahathir Mohammad sebagai pencetus kejohanan ini, yang kecewa apabila Langkawi tiada dalam kejohanan kali ini dan juga beberapa kejohanan edisi sebelumnya. Sewaktu di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dahulu, Dato’ Pengurus Besar LADA sendiri dalam satu mesyuarat melahirkan rasa kecewanya apabila Langkawi tidak dimasukkan ke dalam senarai lokasi perlumbaan sedangkan nama Langkawi itu digunakan.

Atas sebab kos ia diketepikan. Apa pun harapnya penganjur dapat kembali merenung perkara tersebut!


Actions

Informations

2 responses to “Le Tour De Langkawi 2010”

2 03 2010
duta (08:46:16) :

hey… hantar kan pendapat ini ke media cetak barangkali mampu cetuskan perubahan

12 03 2010
Saiful Azrul (14:53:01) :

Duta,

Perkara ni dah dibangkitkan dalam media oleh Tun Mahathir. Rasanya dah cukup kukuh apabila Tun sendiri yang meluahkannya…

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>