Categories
Diari Tazkirah

Izinkan Aku Menangis

Saya tertarik dengan satu peringatan / Tazkirah yang saya terima dalam group WA. Itulah juga yang saya rasa ketika ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku yang memerlukan saya menjadi kuat dan terus tabah. Cuma kepada Allah tempat saya mengadu…

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

IZINKAN AKU MENANGIS

Di dunia ini , kita sebenarnya sering diuji dengan hadir pergi sebuah tangisan.

“Hidup dan mati itu lahir daripada tangisan. Saat kita dilahirkan, kita selaku bayi menangis, dan ketika kita meninggal dunia, orang lain pula akan menangis meratapi kita. “

Dapat kita simpulkan, tangisan itu bukan sesuatu yang luar biasa. Ia sifat azali yang terdapat pada diri setiap manusia. Tangisan juga ubat, namun berlebihan kadangkala mampu membawa mudarat.

Sungguh indah apabila ALLAH SWT menjadikan tangisan sebagai penawar yang dapat merendamkan segala emosi yang berkecamuk.

ALLAH SWT juga menjadikan tangisan sebagai pembantu untuk seorang hamba merayu-rayu dan bermanja-manja dengan-NYA.

Semoga ada manfaatnya…

Categories
Diari

Bangga

Bila seorang Cikgu saya memuji yang dia bangga dengan pencapaian dan apa yang saya capai sekarang ini, saya terasa cukup bangga dan terharu walaupun saya rasa pencapaian hidup saya biasa biasa sahaja tak sehebat yang lain. Saya pun berasa amat amat terhutang budi dengan semua cikgu cikgu saya yang banyak mengajar saya bukan sahaja ilmu akademik tetapi juga ilmu kehidupan yang tak ternilai harganya.

Terima Kasih Cikgu 🙂