Categories
Diari

Sesuatu Yang Tidak Disangka

Sesuatu yang berlaku dalam beberapa hari ini, sememangnya amat mengejutkan saya. Ya lah, dalam kesibukan tugas yang begitu membeban saya tidak terfikir ia terkait sekali

Apa boleh dikata, bila direnung dan diperhalusi, saya akur bahawa memang ada kesilapan pada diri saya hingga saya keluar menitis air mata ketika bermuhasabah kesilapan diri walaupun tertanam niat tulus suci.

Dalam sujud pada dinihari pun terasa begitu terkesan. Apa yang berlaku bukanlah disengajakan. Ia peringatan buat diri dalam mengharung hari hari mendatang.

Saya nekad, apa pun yang terjadi… Saya tidak akan lepas tangan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa jua yang akan berlaku. Mudah mudahan Allah permudahkan segalanya.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Saya akan terus berdoa dan berdoa tanpa jemu. Yakinlah bahawa Terlalu mustahil bagi manusia TETAPI terlalu mudah bagi ALLAH.

Categories
Tazkirah

Tazkirah: Asam Garam Kehidupan

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagian dunia akhirat dijauhkan Allah dari azab nerakaNya.

UJIAN ALLAH SEBENARNYA ADALAH RUANG KEBAHAGIAAN HATI SEORANG HAMBA

❤Dalam hadith Qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

💙Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

💜Banyakkanlah mengadu pada Allah. Baiknya Allah. Pemurahnya Allah. Dalam musibah yang menimpa makhluk, masih Dia mahu berikan kita pelbagai anugerah

❤️💚💙🧡.

PAHIT MANIS ASAM GARAM KEHIDUPAN

💖Jangan berputus asa melihat hidup. Yang pahit, yang manis, yang kelat, yang masam dan sebagainya itu harus dinikmati. Tidak ada orang yang sanggup menelan gula berkilo-kilo atau garam bertan-tan atau keju bertimbun timbun…
Tetapi apabila dicampur dan diadun gula, garam dan keju….kita bakal menikmati kek yang sangat lazat. ……

💛Tersenyumlah untuk hidupmu…walaupun setelah tidak terhitung banyaknya engkau menangis😊💚

Dipetik dari kumpulan Whatsapp