Terkesima sebentar apabila saya mendapat berita pemergian beliau. Saya merupakan salah seorang pengkagum corak penulisan beliau. Dari kecil saya sentiasa mengikuti penulisan penulisan beliau dan bagaimana beliau menukilkan sesuatu isu dalam jalan cerita yang tersendiri.
Apa yang ingin disampaikan beliau adalah jelas walaupun disampaikan dengan pelbagai kiasan kiasan.
Beberapa kali terserempak sosok tubuh itu tetapi tidak pernah saya bertegur sapa melainkan menguntumkan senyuman sahaja. Akhirnya beliau telah pergi menghadap Ilahi pada hari ini.
Dua malam lepas saya dan isteri ke sebuah kedai makan untuk menjamu selera. Saya memang kepingin makan lamb chop dan memang ada. Isteri pesan chicken chop. OK…
Makanan isteri sampai dulu. Saya tunggu sambil suruh isteri makan dahulu. Selepas isteri saya selesai makan masih belum sampai lagi lamb chop saya. Isteri saya minta tanya. Selepas bertanya rupa rupanya tukang ambil pesanan terlupa catat pesanan saya. Hmmm… Nak marah atau tak?
Saya fikir balik, kalau marah apa yang saya dapat lagipun saya memang nak makan lamb chop tu (tak tau la sebab apa nak makan. Hehehe). Jadi saya tarik nafas minta dia buatkan selepas pelayan lain datang tanya sama ada nak batalkan atau buat jugak?
Akhirnya sampai lamb chop saya siap tambah extra lagi. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Bila nak bayar, dapat lagi diskaun. Alhamdulillah jika kita sabar. Marah tak jadikan keadaan lebih baik 😉
Kadang kala kita rasa begitu down apabila diuji. Ujian datang dalam pelbagai citra. Tetapi peercayalah yang Allah menguji kita kerana ALLAH SAYANG KITA. Mungkin kita tidak memahaminya ketika ini tetapi suatu masa yang tepat nanti, pasti kita akan memahaminya. Bertabahlah duhai hati.
Alhamdulillah… Tatkala tengah malam ini, umur saya menjengah angka 40. Suatu angka yang cukup memberi peringatan untuk sentiasa bermuhasabah diri. Kata orang hidup bermula pada detik 40 tahun. Apa yang kita istiqamah ketika itu, biasanya akan menjadi tabiat kita sehingga akhir hayat.
Saya berharap, saya dapat memanfaatkan nikmat umur ini ke arah kebaikan sebelum menutup mata di atas dunia yang cuma sementara ini. Selain itu, saya nak jadi anak yang membanggakan mak dan abah walaupun saya sentiasa jauh dari mereka. Saya sentiasa menyayangi mereka sepenuh hati. Doa mereka lah yang menjadikan saya seperti hari ini. Terima kasih mak abah.
Melangkah ke hadapan, saya kena sentiasa memperbaiki diri. Saya hanya seorang insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan, iman pun turun naik. Doakan agar saya dapat sentiasa memperbaiki diri.
Bertambahlah umur bermakna bertambahlah detik ke arah kematian. Suatu renungan yang mesti saya ambil iktibar.
Sesungguhnya DUNIA ini hanyalah SUATUPERSINGGAHAN…
RENUNGAN
P E S A N A L A M
Kalau ingin menangkap ayam, jangan dikejar, nanti kita akan lelah dan ayam pun makin menjauh. Berikanlah ia beras dan makanan, nanti dengan mudah ia datang dengan rela.
Begitulah Rezeki, melangkahlah dengan baik, jangan terlalu kencang mengejar, memburu, nanti kita akan lelah tanpa hasil.
Keluarkanlah sedekah, nanti rezeki akan datang menghampiri tepat waktu.
Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang.
Tetapi tanamlah bunga​. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayap-sayapnya yang indah.
Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, tetapi kawanan yang lain juga datang lebah, pepatung, dan lainnya juga akan datang menambah warna warni keindahan.​
Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. ​Ketika kita menginginkan​ Kebahagiaan dan keberuntungan,
Maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang sebagai anugerah.. ​ Oleh kerana itu, selagi kita masih diberi hidup,​ mari kita membangunkan taman-taman bunga kita, bunga kebajikan dan bunga kejujuran.