Categories
Diari

Corona Craft

Sebenarnya bukan Corona Craft yang saya nak tunjukkan tetapi kreativiti isteri saya di youtube nya. Ada banyak kraf yang beliau sudah terbitkan dan akan ditambah dari semasa ke semasa. Mohon subscribe dan like. Terima kasih

Boleh KLIK SINI UNTUK KE CHANNEL LITTLE HANA.

Categories
Diari

Lelah Hati

Kalau ikut lelah hati ini, mahu saja saya duduk di ceruk desa pedalaman bertani dan makan hasil bumi tanpa perlu memikirkan pelbagai perkara yang membuatkan hati tak tenang.

Mahu saja melepaskan tekanan yang begitu menggunung. Fikirkan cuma saat mengadap ilahi nanti. Lupakan hiruk pikuk dunia yang tak berkesudahan.

Tapi jika hanya saya ada pilihan sedemikian.

Dalam keadaan sebegini, teringat saya kepada kata kata yang pernah saya lontarkan kepada seorang sahabat, “HIDUP INI SATU PERJUANGAN. JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA!”

Hidup ini memang bukan tempat untuk kita bersenang lenang. Banyak perjuangan yang harus kita perjuangkan terutamanya sebagai Khalifah Allah. Jadi hendak atau tak, kita harus menempuh segala dugaan dan rintangan yang ada.

Ketabahan diri dan kecekalan hati perlu kemas tertancap agar apa jua badai yang melanda dapat kita harungi dengan jayanya. Teruslah berjuang!

Semoga terus kuat dan bersemangat 💪💪💪

Categories
Ulasan Buku

Ulasan Buku: RnR Hati

Sejujurnya saya sudah lama mencari buku sebegini. Alhamdulillah saya diketemukan dengan naskhah hebat ini. Saya juga merupakan seorang peminat tulisan dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Baru separuh pembacaan saya, saya sudah terasa seperti ia menyelusuri relung relung hati saya. Cukup memberi kesan. Apatah lagi, ia diuntai dengan rangkap kata yang kemas dan indah. Diselangi dengan petikan Al-Quran, hadis dan mutiara kata, ternyata menambah rasa dalam isi buku ini.

Kadang kadang kita penat dalam menasihat dan memujuk hati sepanjang perjalanan hidup kita. Seperti perjalanan di lebuh raya, apabila lelah kita akan berhenti di RnR untuk melepaskan lelah, begitu juga dengan perjalanan hati. Perlu ada rehat dan rawat agar fokus hidup tidak terpesong dari arahnya.

Dari hati lah terbinanya kekuatan dalaman. Jatidiri yang utuh dan bersendikan syariat mampu melahirkan diri yang unggul. Segala ciri membina hati sebegitu terkandung kemas dalam buku ini. Akhir sekali hati ini akan kembali kepada pencipta yang Esa dan ia perlu kembali dalam keadaan suci agar dapat menikmati syurga idaman.

Seperti yang selalu saya hasratkan dalam motto diri saya (Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi), saya merasakan buku ini amat sesuai dengan cita jiwa saya. Lelah hati dalam perjalanan hidup bukan kepalang cabarannya.

Terima kasih kepada Ustaz Pahrol atas penghasilan buku yang banyak memberi manfaat kepada diri saya dan saya cadangkan kepada sahabat sahabat untuk memilikinya agar hati kita sentiasa dicaj dengan tenaga baru yang lebih segar, bertenaga dan murni.