Categories
Diari

Kita Akan Dijemput Pulang

Banyak yang boleh direnungi dengan lirik lagu ini tatkala banyak kisah yang mengejutkan berlaku kebelakangan ini. Moga kita dapat menginsafi diri kita…

Kita Akan Dijemput
Kumpulan U.K’s

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi
Mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa
Harta yang nak dibawa
Amalan seharian
Itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat
Bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi
Di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi
Mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Categories
Diari

Letih Tetapi Kena Kuat

Sejak November 2019 saya bekerja hampir setiap hari termasuk Sabtu Ahad. Beberapa kali cuti terpaksa dibatalkan dan pada hari yang saya dah ambil cuti pun, saya perlu datang ke pejabat.

Hari ni saya masih di pejabat sehingga jam melewati 11 malam. Terasa begitu letih dan walaupun saya rasa seperti hendak demam, saya kena lawan dan kuatkan semangat.

Satu motivasi saya ialah saya fikirkan yang kerja keras saya ini adalah untuk membantu pesakit pesakit di hospital yang kalau saya lihat amat mengharapkan perkhidmatan kepada mereka tidak terjejas. Saya yakin suatu hari nanti Allah akan beri ganjaran yang setimpal kalau tidak di dunia, di akhirat kelak.

Buat masa ini, saya kena KUAT dan TERUS BERSEMANGAT

YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN!

Categories
Diari

Hari Jumaat

Saya sukakan Hari Jumaat. Jumaat hari yang penuh bermakna bagi saya. Ada sesuatu yang selalu saya lakukan dan ia cukup mendamaikan jiwa saya. Cuma apabila bekerja di luar Kedah, saya sukar nak kecapi nikmat tersebut melainkan pada ketika cuti hari Jumaat.

Memang saya akan tertunggu tunggu hari Jumaat.

Cuma ketika ini, saya kena sesuaikan diri dengan Hari Jumaat bekerja.

p/s: Sekian coretan pendek saya selepas sekian lama wordpress saya ni ada masalah…