Categories
Diari

Kejayaan Kecil

Alhamdulillah… Usaha saya sejak November 2019 sehingga kini telah berjaya menampakkan hasil. Syukur Ya Allah… tetapi ia masih jauh dari sasaran saya namun saya lega dengan progress yang saya dapat ketika ini.

Memang ia bukan mudah dan banyak cabarannya apatah lagi selama ini saya berada dalam zon selesa. Hati mesti kental dan keazaman mesti kuat.

Alhamdulillah juga saya dapat bantu beberapa sahabat yang ingin ke matlamat yang sama. Moga kekal istiqamah.

Apa pun, kejayaan memang memerlukan pengorbanan dan tidak mudah tetapi apabila sudah mendapat sedikit kejayaan, manisnya sudah dapat dirasai. Lebih perit halangan yang perlu dilalui, semakin manis kejayaan yang bakal dikecap nanti. Percayalah!

Categories
Diari

Bila Terkeliru

Kadang kala kita rasa kita tahu apa yang kita nak dalam hidup ini. Kita rasa kita serba tahu tetapi sesekali kita terperangkap dan terkeliru.

Sukar untuk merungkai kekeliruan itu. Ketika ini lah kita perlu kembali memohon petunjuk Allah.

Percayalah, apa sahaja yang kita rasa dan lalui, Allah Maha Mengetahui. Jika kita terkeliru, kita adukanlah kepada Allah. Nescaya kekeliruan itu akan jadi jelas untuk kita.

Sedikit peringatan buat diri sendiri yang sentiasa alpa…

Categories
Diari

Bila Diri Disayangi: Ukays


Teringat pulak lagu ini ketika sesi motivasi bersama Ustaz Dr. Ashraf dahulu. Bait bait liriknya penuh dengan makna yang tersirat… Hayatilah…

Categories
Diari

Jalan Terus

Saya amat terkesan dalam senario politik semasa apabila Dr. Maszlee Malik terpaksa mengambil keputusan berundur daripada portfolio beliau. Itu lah politik. Sememangnya jika dari rahim akademia atau rahim lain untuk survive dalam dunia politik amat mencabar sekali.

Politik ada seni dan jurusnya tersendiri. Perlu banyak yang diperhalusi. Mata orang politik tidak sama seperti mata kita orang biasa.

Lupakan bab politik…

Apa yang saya hendak tekankan di sini, ialah apabila diminta lakukan keputusan seberat itu, saya tertarik kepada tanda pagar yang Dr. Maszlee letakkan iaitu #jalanterus (move on). Itu lah yang sebnarnya harus kita lakukan dalam kehidupan.

Usah dipandang ke belakang lagi. Kita harus pandang ke hadapan. Terus berusaha dan berusaha sehingga matlamat hidup kita tercapai. Jika ada yang tak pedulikan kita pun, kita harus tetap jalan terus.

Jalan terus… kerana pada suatu masa perjalanan kita pasti akan terhenti dan biarlah ketika itu kita merasakan kepuasan atas apa yang telah kita lakukan selama ini. Jika manusia tidak menghargainya, percayalah yang ALLAH sentiasa ada untuk menghargainya walaupun sebesar zarah.

Jangan kecewa… JALAN TERUS

#jalanterus

Categories
Diari

Hakikat Kehidupan

Hargailah sesuatu itu ketika ia masih ada.

Ikhlaslah dalam kehidupan kita. ALLAH yang akan membalas keikhlasan kita. IKHLAS umpama semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap.
Categories
Diari

Solat: Titik Perubahan

Alhamdulillah 2020 sudah pun menjengah dan kita masih diberi kesempatan untuk sama sama menempuhnya. Seperti biasa cukup ramai yang meletakkan azam baru untuk berubah.

Bagaimana hendak berubah? Banyak caranya…

Namun bagi saya, sekiranya kita hendak berubah, kita mulakan dengan solat kita dahulu. Itulah turning point untuk perubahan. Apabila kita memperbetulkan solat kita bermakna kita juga memperbetulkan hidup kita.

Signifikan solat terhadap kehidupan amatlah jelas. Contohnya ia akan membentuk diri kita lebih berdisiplin kerana kita akan mematuhi masa 5 waktu sehari untuk mendirikan solat.

Kekhusyukan dalam solat akan mengajar kita fokus dalam kehidupan selain solat itu adalah satu medium untuk kita berhubung dengan Allah. Mengadu dan meminta apa sahaja dari Allah yang Maha Pemberi.

Justeru, Solat tidak syak lagi adalah pemangkin kepada perubahan yang ingin kita lakukan dalam tahun 2020 ini. Sebab itu dalam azan dilaungkan Marilah bersolat terlebih dahulu sebelum Marilah menuju kejayaan.

Mulakanlah perubahan dengan memperbaiki solat kita, InsyaAllah yang lain akan mudah kita laksanakan.

Selamat Tahun Baru 2020!