Categories
Diari

Menulis

Saya suka menulis. Mencoret apa yang saya perhati dalam kehidupan. Berfikir tentang apa yang berlaku di sekeliling. Ya itu minat saya. Namun atas banyak faktor teruatamanya kesibukan kerja, saya terpaksa mengenepikan minat saya. Tetapi saya tetap terus membaca. Jika dulu dalam naskhah yang boleh dipegang tetapi kini dalam dunia digital yang tiada sempadan.

Untuk menulis, saya perlukan suasana. Suka runtuk menulis dalam waktu yang fikiran banyak perkara untuk difikirkan dan banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Saya teringat ada yang berkata “Gunakalanlah hak untuk berfikir sebelum hak untuk berkata kata“. Begitu jugaklah dengan menulis. Pena juga setajam pedang dan lidah. Tidak hairanlah mnerusi penulisan kala dahulu dijadikan sebagai salah satu wadah perjuangan.

Sesekali mempunyai masa dan idea, saya cuba kembali menulis walaupun entah akan jadi konsisten atau tidak. Hehehe… Saya akan cuba menulis kembali walaupun dibaluti kesibukan yang tidak berkesudahan. Jadi jangan lupa kembali ke sini dan jangan serik kalau tiada kemaskini laman ini.

Sebenarnya Laman ini sedikit terjejas ketika kemaskini wordpress 5.3 dan saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk memperbaikinya. Itu tak termasuk permintaan sahabat sahabat lain yang mohon bantuan saya. Saya cuma mampu bantu setakat yang saya dapat atas banyak kekangan.

InsyaAllah, saya akan cuba kembali menulis. Nantikan…