Categories
Diari

Selamat Hari Lahir Mak

Alhamdulillah hari ini jatuh hari Lahir Mak yang ke-55.

Semoga dilimpahkan kesihatan berpanjangan, keberkatan rezeki, kegembiraan hidup dan ketenangan dunia akhirat.

Terima Kasih mak atas segalanya.

p/s: Syasya tanya bila nak mai rumah?

Categories
Diari

Terima Kasih Nuffnang & TGV

Pada hari Lahir saya tempoh hari, saya menerima email ini.

 

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you’ve been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed ūüôā

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 6 July 2011(Wednesday). Our office is open from 9am Р6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

You are allowed to appoint a representative to collect the passes on your behalf should you not be able to collect the passes yourself. Do make sure to provide your representative with the email address that you used to register with Nuffnang though, as we will need it as verification of identification upon collection of the passes.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don’t forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ūüėČ

*Terms and conditions apply.
Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

Jadi saya ambil masa rehat tengahari untuk ke sana. Hmmm… Tengok google maps dan kenal pasti lokasi ¬†tetapi bila sampai saya tersalah haluan. Penat mencari. Bila tanya orang, orang akan jawab tak pernah dengar atau pun depa ingat Jalan Pasar. Tanya lagi pekedai, depa kata, depa cuma tau Jalan Yap Kwan Seng ja. Lastly baru saya teringat yang saya tertukar haluan waktu turun Monorail tu. Lalu saya pusing balik tetapi agak jauh sikit nak pusing melalui Dang Wangi dan Jalan Doraisamy. Last sekali jumpa.

Kena plan dengan wife bila nak pi. Kami bukan kaki wayang, jadi sesekali best jugak…

Terima Kasih Nuffnang & TGV !

Categories
Berita

Sambutan 20 Tahun MRSM PDRM

Hampir 19 tahun lalu, saya merupakan generasi kedua warga MRSM PDRM, Kulim. No. Maktab 93045 menjadi milik saya. Suatu langkah perjalanan yang membuka begitu banyak erti kehidupan bagi saya. Tahun depan ia bakal menjengah ke usia 20 tahun. Satu tempoh masa yang cukup untuk kematangan. Justeru sempena dengan detik bersejarah ini, ANSARA MRSM PDRM akan menganjurkan sambutan 20 tahun MRSM PDRM pada 05 – 07 Januari 2012 ini di MRSM PDRM Kulim. Jadi saya ingin menjemput kesemua warga MRSM PDRM untuk sama-sama menghebahkan peristiwa bersejarah ini dan juga membantu menjayakan perancangan ini.

Untuk maklumat lanjut bolehlah sama-sama kita ke Facebook Sambutan Ulangtahun Ke-20 MRSM PDRM.

MRSM PDRM SELAYANG PANDANG

Kewujudan  sistem MRSM yang telah berjaya membuktikan kecemerlangan pelajar-pelajar bumiputera khususnya dalam bidang sains dan matematik telah menarik perhatian dan memberi dimensi baru kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan kerjasama dengan pihak MARA bagi menubuhkan sebuah MRSM khusus untuk anak-anak polis.

Justeru, pada 7 September 1991, satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara YB En. Tamrin Ghafar, Pengerusi MARA (bagi pihak MARA) dengan YDH Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara (bagi pihak PDRM).Hasil perjanjian ini, PDRM telah memilih Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3 di Jalan Junjong, Kulim Kedah sebagai kampus sementara dan kampus tetapnya dijangka akan dibina di Serendah Selangor. Walau bagaimanapun, akhirnya MRSM PDRM dikekalkan di Batalion 2  Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim Kedah (dahulunya Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3).

Pendaftaran pertama kemasukan pelajar ke MRSM PDRM Kulim telah dibuat pada 5 Januari 1992. Seramai 200 orang pelajar (120 lelaki dan 80 perempuan) telah mendaftar sebagai pelajar perintis, manakala 15 orang guru telah dipilih untuk menjadi tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan turut membantu di bahagian pentadbiran. Pada masa yang sama, pihak PDRM telah menubuhkan Unit Penyelaras (UP) MRSM untuk mengurus kerja-kerja senggaraan, pembelian dan membantu aktiviti-aktiviti pelajar.

Masih ingatkah rangkap lagu ini?

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Categories
Puisi Pilihan

Puisi Pilihan: Duri Dan Api

Entah mengapa tiba-tiba sahaja saya teringat Sajak Usman Awang ini. Mungkin sebab ada banyak perkara yang berlaku beberapa hari ini… Menarik bila saya renung kembali dengan menukarkannya dalam konteks diri saya…

Duri Dan Api

 

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.

Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.

Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

Oleh: Usman Awang.

 

Categories
Diari

Sesekali Teringat: Titi Dua Lapis

Pada kesempatan pulang ke kampung saya di Pendang baru baru ini, saya tidak melepaskan peluang untuk kembali menjejak tempat saya selalu saya jenguk tatkala nak menenangkan fikiran atau sedang berserabut. Tempat ni unik sikit sebab ada sungai di atas dan di bawah. Orang kat kampung saya selalu panggil dengan gelaran “Titi Dua Lapis”.

Sebab  apa dipanggil Titi Dua Lapis? Sebab di atas sebuah sungai ada sebatang titi sungai lagi. OK tengok gambar di bawah ini.

Nampak kan titi tu?

Kalau dari atas titi tadi, inilah yang anda dapat saksikan. Aliran air sungai di bahagian atas.

Dan juga laluan untuk pejalan kaki dan motorsikal. Tetapi kena berhati hati. Nampak kan sungai di bahagian atas dan bawah.

 

Biasanya di waktu petang apabila saya di kampung, saya akan ke sini. Sempat saya bawak Syasya dan Syafi naik motor sambil meneritakan kepada depa dua tentang kawasan ni. Depa faham ka dak, lantaklah. Hehehe… Tak tahulah nanti kalau berubah wajah. Dulu pun lain, sekarang dah lain nanti semakin lain.

Tetapi di sini cukup menenangkan. Terlupa sejenak kesibukan kota. Hmmmmm…

Di bawha ada galeri untuk tatapan anda kawasan sekitarnya…

Categories
Diari

Kartun Hina Islam

Saya merujuk kepada kartun yang disiarkan oleh sebuah akhbar utama di negara kita.

Saya berasa cukup kecewa dan sedih kerana ia berlaku di negara kita dan lebih sedih ia dilakukan oleh orang Islam sendiri. Ia jelas menampakkan betapa jahilnya pemahaman terhadap isu-isu ini. Apabila umat Islam sendiri menafsirkan mengikut kepentingan tertentu sahaja, apatah lagi yang akan difikirkan oleh bukan Islam?

Saya tidak mahu terus menuduh kartunis tersebut sebelum mendengar penjelasan daripada beliau. Boleh jadi juga beliau hanya melukiskan seperti diminta dan dialog diisi oleh orang lain. Cuma kalau beliau tahu dari awal maka beliau juga bersubahat.

Bagi saya cukup melampau dan perlu tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN) !

Rujuk Kartunis Utusan, Rogol dan Zina.

Categories
Diari

Anda Boleh Lakukan Perubahan Jika Anda Mahu

Saya sebenarnya terbaca sebuah kisah ringkas yang cukup memberi kesan kepada saya.

Kisahnya lebih kurang begini. Pada suatu ketika, seorang lelaki berjalan-jalan di tepian pantai. Sambil menghirup udara segar beliau menikmati keindahan panorama di situ.


Kemudian beliau terserempak dengan ratusan tapak sulaiman yang terdampar di tepian pantai akibat fenomena biasa alam. dan di situ ada seorang lelaki budiman yang mengutip semula tapak Sulaiman itu dan dilemparkan semula ke laut. Lalu beliau merasakan ia suatu tindakan sia-sia di mana sudah pasti kebanyakan Tapak Sulaiman itu akan mati dan beliau menyapa lelaki tersebut, “Tidak kah tindakan kamu ini sia-sia sahaja? Anda tidak mampu mengubahnya !”

Lelaki budiman itu pun berhenti seketika sambil memandang lelaki tersebut. Lalu lelaki budiman itu mengambil seekor lagi tapak sulaiman dan melontarkannya ke laut seraya berkata, “Aku melakukan perubahan dengan satu lontaran ini”


Kita selalu seringkali melihat perubahan itu pada sisi yang besar sahaja tanpa kita menyedari ia boleh bermula dengan tindakan-tindakan kecil biarpun mungkin kita tidak dapat mengubah kesemuanya tetapi kita mampu melakukan perbezaan dengan usaha kita tersebut. Justeru, kalau kita mahu melakukan sesuatu perubahan, tidak perlulah kita tunggu hendak melakukan langkah yang besar.

Categories
Diari

Choi Sung Bong

 

 

Saya tersentuh dengan Kisah di atas. Jadi saya kongsikan bersama anda.

Categories
Uncategorized

Sambutan Hari Lahir ke-31

Sedikit sambungan bab hari Lahir. Alhamdulillah saya sempat samb tetapi lebih awal disebabkan pada 06 Jun malam ada perlawanan Liga Super antara Kedah dan Felda United di Stadium MBPJ. Dan lebih bermakna apabila Kedah berjaya menewaskan Felda United 2-1.

 

Categories
Diari

Alhamdulillah… Genap 31

Alhamdulillah, hari ini genap 31 tahun umur saya. Semakin dipanjat usia walaupun ada yang kata masih muda. Hehehe… Tetapi anak dah tiga, jadi kena sentiasa beringat. Masih banyak perkara yang perlu dicapai dan masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan.

Terima kasih sayang iaitu isteri saya yang menghadiahkan Nano Can sempena hari lahir saya yang ke-31 ini.

Apa itu Nano Can?

Nano Water Can adalah sejenis bekas air berteknologi Nano dan F.I.R (Pancaran Infra Merah jauh) Yang mampu memecahkan molekul air hingga ke skala terhalus. Ia membolehkan air tersebut ia diserap dengan lebih cepat oleh badan kita. Bekas Nano Water Can yang ringan dan tidak berkarat dihasilkan dari Titanium dan Stainless Stell. Air ini juga boleh menghilangkan rasa ngantuk, keletihan dan sengal-sengal badan dan

Nano Water Can ini membantu Meningkatkan:

-Sistem metabolisma tubuh dan Peredaran darah. Tubuh akan lebih sihat, terasa segar dan aktif.

-Sistem hormon, Saraf, otot dan tulang. Boleh membuat kulit lebih halus. Penampilan lebih cantik dan awet muda

-Sistem Pertumbuhan janin dan produksi. Mempercepatkan proses pembuangan toksin dalam badan.

Beberapa keistimewaan Dan Manafaat F.I.R Untuk BadanF.I.R Sama dengan cahaya tetapi mampu dipancarkan terus kepada Objek. Membuat Pengaturan semula molekul air.F.I.R mempunyai daya resapan yang sangat kuat, mampu meresap jauh ke dalam jaringan di bawah kulit manusia, menghangatkan tubuh badan dari dalam dan mengaktifkan sel-sel. Melancarkan peredaran darah, menghasilkan Stamina tubuh dan menghancurkan bakteria dan Virus.

Apa faeadahnya?Untuk pengetahuan anda sepanjang produk kesihatan anda perlu berulang-ulang beli dan beli. Tetapi dengan Nano Water Can iatiada tarikh luput, boleh diguna seumur hidupbekasnya tiada karat. Warranty seumur hidup iaitu jikalau kemek boleh ganti kecuali penutup sahaja tidak boleh diganti.

Cara penggunaannya adalah dengan memasukkan air suam kedalam Nano Can tersebut dan biarkan selama 2 minit atau biarkan sahaja. Setelah itu air terbut boleh diminum direct pada bekas tersebut atau dituang kedalam bekas lain. Peringatan. Nano Can ini tidak boleh dimasukkan air lain iaitu berperisa iaitu gula atau garam. INi adalah kerana ia akan merosakkan bekas tersebut.

Terima Kasih Sayang atas hadiah ini…