Categories
Diari

Taktik Jualan Yang Tidak Digemari

Sabtu lepas, ketika di MAHA 2010, di Dewan C, saya mendukung anak sambil meninjau gerai pameran. Setibanya di hadapan sebuah gerai pameran, tiba-tiba saleswomen di situ menarik tangan saya dan meletakkan setompok krim di atas tangan saya. Saya agak tergamam sebab tiba-tiba seorang wanita bukan muhrim mai dan pegang tangan lalu diletakkan produknya atas tangan saya. Dia menyedari yang saya tidak selesa lalu berkata, “Tak pe, lelaki yang akan gosok”, lalu dia meminta rakan sekerjanya mengosok tangan saya dengan krim tersebut.

Tangan saya pun digosok oleh lelaki tersebut dan kemudian kelihatan tempat digosok itu lebih cerah dari kawasan yang tidak digosok sambil dia menerangkan kehebatan produknya.

Kemudian dia menerangkan harga produknya. Sebotol kecil RM15.90 dan jika beli 3 botol harganya cuma RM45 dan akan dapat percuma satu botol!

Tetapi saya menolaknya kerana tidak berminat.

Ingatkan sudah boleh beransur tetapi dengan pantas dia menarik lagi tangan saya dan menyuruh saya melihat cermin wajah saya. Dengan pantas, dia meletakkan setompok krim tersebut di muka sebelah kanan saya. lalu dia menggosok dan dia meminta saya melihat perbezaannya. Saya cuma mendiamkan diri sambil melihat dua orang lagi yang menjadi ‘mangsa’ dengan kaedah sama seperti saya membeli 3 botol sekaligus (Memang dah dibungkus 3 botol sekaligus).

“Wah, nampak macam berkesan taktik ni,” detik hati saya…

Dalam masa yang sama, dia dah ambil plastik dan nak bungkusan tiga botol tu dalam plastik tetapi saya dengan tegas menyatakan saya tidak berminat. Namun penjual itu terus memujuk dan meminta saya membeli satu sahaja jika tak mahu beli tiga botol. Dalam masa yang sama, saya melihat dua lelaki lain yang berada di situ mengeluarkan wang dari dompet dengan muka yang agak masam. Mungkin malu alah nak menolak.

Saya tetap dengan keputusan saya dan saya beredar walaupun penjual tersebut dua tiga kali memanggil saya kembali ke gerai pamerannya. Eh! Bukan pameranlah kalau macam tu, gerai jualannya…

Entah berapa ramai yang kena macam tu…

Categories
Diari

New Themes

Hmmm… Sempena Tahun baru Hijrah ini, blog ini telah menukar themes dari Freshy kepada Mystique. Rasanya dah lama guna Themes Freshy tu sesakli mengubahnya rasa lebih segar sikit kot. Malam ni internet laju, jadi mudah sikit nak mengubahnya. Cuma proses upgrade WordPress ke versi 3.0.2 masih lagi gagal dilakukan. Masih lagi berusaha untuk upgrade ke versi yang lebih baik.

Categories
Diari

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

Barang siapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

DOA AKHIR TAHUN

doa_akhir_tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara oleh Allah SWT daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

doa_awal_tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Categories
Diari

ECV

Hari ini cukup mendebarkan bagi saya… Sejak beberapa bulan lepas, setelah scan perut isteri saya, saya dapati kandungan berada dalam keadaan songsang. Kalau ikutkan pengalaman sebelum ini, ia normal kerana masih di peringkat awal namun setelah kandungan berusia 36 minggu ia masih lagi songsang. Justeru doktor memberi pilihan agar dilakukan ECV untuk membetulkan masalah ini agar kelahiran dapat dilakukan secara normal.

Apa itu ECV?

ECV ialah External Cephalic Version yang dilakukan bagi memusingkan kedudukan bayi kepada kedudukan normal. Menurut doktor, tak semua pengamal perubatan boleh melakukannya kerana ia memerlukan yang tinggi. Bagi saya, saya tetap positif dengan keadaan ini kerana yang penting ialah SELAMAT. Ada juga saranan mencuba bidan kampung tetapi pada saya ECV ini lebih kurang apa yang bidan kampung lakukan namun kekurangan bidan kampung ialah mereka tidak dapat melakukan pemantauan segera.

Jika dilakukan oleh pegamal perubatan bertauliah, pemantauan dapat terus dilakukan agar keselamatan ibu dan anak dapat dijamin. Pemantauan akan dilakukan agar keadaan yang tidak diingini tidak berlaku. Jika terdapat komplikasi seperti uri lekang, degupan jantung anak tidak stabil dan uri tersimpul dan lain-lain, tindakan segera dapat dilakukan.

Hmmm… Pertama kali keadaan sebegini berlaku agak meresahkan isteri saya. Puas saya menenangkan beliau tetapi keresahan itu tetap wujud maklumlah beliau yang akan menghadapi semua ini. Jauh di sudut hati, saya cukup terkesan dengan semua ini tetapi kata akal saya, saya tetap amat positif dan amat berharap kepada Allah semuanya akan kembali normal, InsyaAllah…

Inilah pengorbanan seorang ibu dan isteri yang akan saya kenang. Saya tak mahu tunjuk sangat keresahan saya di depan isteri tersayang kerana saya mahu dia kuat menghadapi situasi ini. Andai berlaku kecemasan, beliau terpaksa dibedah untuk melahirkan anak. Semoga sayang tabah dan kuat menghadapi situasi ini. Abang akan sentiasa memberi sokongan penuh.

Sekejap lagi, kita akan ke hospital dan abang doakan semuanya berjaya. Saya pohon jasa baik semua pembaca blog saya ini sama-sama mendokan kejayaan ECV ini dan jasa baik anda semua hanya Allah yang mampu membalasnya.

Dengan penuh debar dan harapan, kubermohon kepada-Mu Ya Allah… Mudahkan segala urusan aku dan isteri. Hanya kepada-Mu kami berharap. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Besar.

Categories
Diari

MAHA 2010

Kalau ikut statistik di atas, jumlah pengunjung memang menggerunkan. Menggerunkan bukan sebab membahayakan keselamatan tetapi dok pikiaq macam mana nak bawak Syasya dan Syafi merentas kesesakan yang cukup tidak menyenangkan apatah lagi saya tidak sukakan kesesakan. Kalau Syasya dan Syafi sudah besar, ia bukan masalah utama, tetapi jika masih perlu dukung, memang cukup sukar.

Jadi saya telah mengatur strategi untuk memudahkan keadaan dan saya telah bertolak seawal jam 8 pagi untuk ke sana namun keadaan di sana sudah mula sesak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hujan renyai-renyai mengiringi suasana. Memang agak sukar sikit dengan memegang payung sambil mendukung Syafi.

Saya dan keluarga tidak sempat mengunjungi semua tempat disebabkan keadaan yang kurang mengizinkan (Jenuh jugak nak bawak dua budak kecil). Alhamdulillah sempat juga bertemu sepupu saya yang cukup gigih berusaha memajukan perniagaan dan akhirnya semakin nampak kejayaannya terutamanya dalam industri Tuna dan emas. Sempat juga melawat beberapa pameran yang menarik dan paling mencuri tumpuan bagi Syasya dan Syafi ialah melihat Lembu dan kambing serta menaiki kuda. Bagi saya, kambing, lembu dan semua tu dah biasa sejak kecil tetapi bagi anak-anak kota ni, melihat Lembu dan kambing adalah seperti melihat Harimau di zoo. Bukannya mudah nak lihat di KL ni.

Cuma ada tindakan pengunjung yang tidak begitu baik. Ada antara mereka yang ghairah nak lihat lembu berdiri lalu mereka menjolok lembu dengan payung agar lembu bangun. Hmmm… macam-macam… Biasalah ragam manusia.

Cuma surau yang disediakan tidak mampu menampung kehadiran pengunjung yang banyak. Lama jugak beratur untuk bersolat. Tetapi itu petanda yang cukup baik sebab ramai yang menyedari tanggungjawab mereka tetapi rasanya ramai juga yang mengabaikannya…

Apa pun, tahun ni, tak dapat nak memanfaatkan sepenuhnya MAHA 2010. Mungkin selepas anak-anak dah besar, senang sikit nak melawat semua tempat dan mengambil manfaat yang lebih banyak.

Categories
Diari

Hey Baby

Malam tadi, ketika saya sedang melayari internet, Syasya tiba-tiba datang dengan tangisan yang mengejutkan saya.

“Awat? Syasya Naughty ka? Lepas tu Ummi cubit?”

Syasya terus menangis teresak-esak. Saya bertanya lagi tetapi Syasya terus menangis dan air matanya membasahi kain pelikat saya. Kemudian bila saya peluk Syasya, Syasya kata, “Syasya sedih tengok baby mati”. Kata-kata itu membuatkan saya terpinga-pinga…

“Baby mana?”
“Dalam TV tu”

Rupa-rupanya, dia menangis melihat kisah tiga pemuda yang tinggalkan bayi hingga lemas kerana tenggelam dek akibat air hujan yang bertakung. Filem Hindustan bertajuk “Hey Baby”. Lebih kurang begitulah cerita waktu tu. Saya dah pernah tengok dah cerita tu, tapi malam tadi yang mengejutkan saya ialah Syasya menangis teresak-esak…

Syasya ni, tu cerita TV sahajalah, tapi baik jugak sebab ada sifat peri kemanusiaan dalam hatinya…