Categories
Diari

Debaran Demi Debaran…

Kalau diikutkan Doktor di klinik yang saya dan isteri kunjungi tarikh jangkaan isteri saya bersalin adalah pada 03 September 2009 iaitu hari ini. Namun kalau ke HUKM Doktor jangka 11 September 2009. Saya pula jangka hujung Ogos 2009. Jadi sejak minggu lepas bila isteri saya rasa sakit, saya ingat jangkaan saya dah tepat. Lepas tu dah tak sakit dah.

Isnin lepas isteri saya mengadu sakit, ingat kot baby dah nak keluar lepas tu ok sahaja. Isteri saya sekarang masih lagi cergas ke sekolah mengajar dan juga kalau hari cuti, memang dia ajak jalan merata-rata sebab nak cepat bersalin sampaikan saya yang tak larat. Hehehe…

Hari ni, saya dapat panggilan dari isteri memaklumkan dia dah mula rasa sakit lebih dari biasa. Nampaknya saya kena berjaga-jaga. Isteri saya masih lagi komited berpuasa sehingga hari ini walaupun sarat mengandung. Memang kuat semangatnya nak terus berpuasa.

Tapi dalam hati saya rasa macam dah dekat dah sebab kesakitan yang isteri saya maklumkan tu, rasanya macam dah dekat ja nak bersalin. Doakan semuanya selamat, InsyaAllah…