Categories
Diari

Mak Abah Eksiden!

Saya sedang study ADF Task Flow Jdveloper 11G, tergamam sekejap saya bila adik saya, Faizol telefon tadi maklumkan mak dan abah eksiden. Cemas hati saya mujurlah adik kata tak serius. Disebabkan adik saya masih belum tengok keadaan mak dan abah terus saya telefon mak.

Mak kata tak luka apa cuma bengkak-bengkak sahaja dan abah pulak calar-calar dan rasa sengal-sengal. Adoi, risaunya saya. Baru pagi tadi saya masukkan entri eksiden, dah kena kepada keluarga saya pulak.

Mak habaq ada sebuah kereta yang tiba-tiba belok tanpa bagi signal dan apa lagi, abah dan mak yang menaiki motor terpaksalah mengelak hingga jatuh ke dalam longkang. Yang bawak kereta tu minta maaf dan uruskan urusan perubatan mak dan abah serta kos membaiki motor.

Saya cukup risau. Rasa macam nak balik Kedah ja! Hmmm… Saya tengah fikirkan sebab saya risau keadaan sebenar mak abah. Kadang kala mak dan abah saja nak lindung sebab tak mahu saya risau macam dulu sampaikan abah operate pun dirahsiakan dari saya dan kebetulan saya balik hari pembedahan tu.

Tengah bercelaru ni…

Categories
Diari

Repair Kereta

Semalam, saya terpaksa habiskan masa tengahari untuk ke bengkel membaiki kereta. Hmmm… Sambil tu saya check masalah gear yang saya maklumkan sebelum ini, rupa-rupanya bukan gear box yang rosak tetapi pemegang gear tu yang longgar. Nak tukar tapi stok tak ada. Yang tu kena tunggu dulu.

Yang dilakukan semalam:-

1. Tukar Tangki Air Wiper
2. Service Stering (Flush & Add New Oil)
3. Service Aircond
4. Pasang Klip Pelapik Tayar depan
5. Perbetulkan wiring signal kanan
6. dll.

Semua sekali kena RM560 termasuk kos buruh. Hmmm… Terbang lagi duit !

Categories
Diari

Eksiden

Hmmm… Pagi tadi, sekali lagi saya melihat suatu kemalangan kecil di depan mata.

Di sebuah simpang tiga berhampiran HUKM, ada sebuah kereta nak masuk ke jalan utama dari simpang tersebut. Di belakang kereta tersebut ada sebuah Land Rover yang mengekori perlahan tetapi tiba-tiba ada sebuah kereta Iswara yang saya lihat pemandunya seperti leka terlanggar terus belakang Land Rover tersebut.

Saya lihat kereta Iswara tersebut bahagian depannya banyak yang pecah dan kemek tetapi Land Rover tersebut calar sedikit sahaja. Kuat body Land Rover ni.

Apa pun, berhati-hati di Jalan raya…

p/s: Banyak betul eksiden yang saya lihat depan mata tetapi setakat ni tiada yang melibatkan kehilangan nyawa. Paling sadis eksiden putus kaki depan mata saya. Yang tu ada dalam Diari lama saya. Kena rajin selak. Kejadian di Kulim.

Categories
Berita

Tahniah Azizulhusni Awang !

Saya tadi sempat bukan channel ASTRO 814 dan kebetulan ada live Kejohanan Lumba Basikal Dunia . Channel Eurosport dan kebetulan peserta Malaysia yang kini begitu melonjak namanya, Azizulhusni Awang beraksi di Final acara pecut menentang Gregory Bauge.

Alhamdulillah walaupun beliau yang membawa nama Malaysia hanya berjaya memenangi pingat Perak Kejuaraan Lumba Basikal Dunia tetapi mempamerkan kayuhan cemerlang hinggakan comentator begitu kagum dan menyatakan bahawa saiz sebenarnya bukan penghalang.

Tahniah juga kepada Rizal Tisin kerana menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia dalam Kejohanan Lumba Basikal Dunia ini.

Tahniah Azizulhusni Awang dan Rizal Tisin !

Categories
Diari

Earth Hour Updated

Hmmm… Alhamdulillah malam tadi berjaya juga menunaikan misi earth hour dengan memadamkan lampu di rumah selama satu jam. Dengan kurangnya penggunaan tenaga ini akan berkuranglah juga Karbon Dioksida yang dikeluarkan sekaligus mengurangkan sekelumit pemanasan global.

Sebenarnya ada yang masih skeptikal terhadap kempen ini. Ada yang mengatakan, “jimat sejam lepas tu membazir kembali, baik tak payah”. Bagi saya ia adlaah satu proses untuk menyemai kesedaran. Walaupun nampak kecil tetapi apabila sama-sama melakukannya sedikit sebanyak kesedaran akan timbul kerana proses untuk menyemai kesedaran ini amatlah sukar dan ia harus dimulakan secara sedikit demi sedikit kerana banyak faktor persekitaran.

Ada yang menyatakan, “Ada isu yang lebih besar, kenapa tumpu kepada isu kecik macam ni?”

Memang, ada isu lain yang lebih besar tetapi ia tidak bermakna isu-isu kecil harus dilupakan. Isu alam sekitar sebenarnya bukan isu kecil. Is sebenarnya merupakan isu yang amat besar. Lihatlah alam ketika ini begitu kelam kabut. Hujan tambah tambah di KL ni, tak menentu! Sampaikan ribut melanda dan rumah saya pun terkena tempiasnya.

Apa pun, bertitik tolak dari usaha kecil kita semalam, marilah kita sama-sama mengorak langkah bagi melestarikan bumi kita.

Malam tadi waktu tutup lampu jam 8.30 malam, terus Syasya kata kat wife saya, “Syasya tak mau tidor lagi!”. Nak tergelak saya dengar. Hehehe…

Sambutan di Kondo Bayu Tasik

Kemudian bila saya sedang gunakan komputer, Syasya datang kepada saya dan katakan, “Syasya takut!”. Terus saya suruh dia tidur atas bahu saya. Hmmm… Sambutan di sekeliling pun agak memberangsangkan dan dari rumah saya nampak view sebahagian KL yang bergelap.

Sambutan di Kondo Bayu Tasik 2

Apa pun ia cuma langkah permulaan, kita kena terus melangkah!

Categories
Diari

Earth Hour

Sama-sama kita padamkan lampu malam ini selama sejam bermula jam 8.30 malam. Kempen ini bermula sejak tahun 2007 lagi apabila Sydney memulakannya pada 31 Mac 2007. Penutupan lampu selama sejam ini dapat menjimatkan tenaga yang cukup banyak sekaligus dapat membantu bumi yang semakin rakus diratah manusia.

InsyaAllah, saya akan join kempen ini.

Apa pun, ia sebenarnya adalah antara secebis langkah melestarikan alam sekitar. Kita harus menyedari ia bukan sahaja pada perbuatan menutup lampu itu tetapi simboliknya, ia bermula dari kita di rumah. Contoh paling mudah. Kalau kita ada akhbar di rumah dan sudah tidak lagi digunakan, bagaiman kita melupuskannya?

Adakah kita lakukan kitar semula? Atau terus buang dalam tong sampah.

Alhamdulillah saya dah mulakan di rumah dengan mengitar semula barangan yang tidak diperlukan. Saya mulakan dengan kertas/akhbar dan tin. Biasanya akhbar saya jual dapatlah RM7-8. Dia kira sejengkal RM1. Kalau tin biasanya selepas cukup seguni, saya akan bagi kepada makcik cleaner. Bila dia jual, dapatlah sikit mak cik cleaner tu tambah side income.

Apa pun, Earth Hour perlu dilihat dari sudut yang luas. Bukan sekadar keseronokan semata-mata tetapi ia jauh melangkaui kesemua itu.

Marilah sama-sama kita jayakannya!

Fakta Menarik:

INFO:

* Menurut WWF Thailand, bandaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 megawatt bersamaan 41.6 tan karbon dioksida pada Earth Hour tahun lalu.

* Toronto, Kanada menjimatkan 900 megawatt elektrik dalam sejam.

* Ireland berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1.5 peratus pada malam itu.

* Di Dubai, lampu yang menerangi kebanyakan kawasan dipadamkan manakala lampu jalan dimalapkan hingga 50 peratus. Hasilnya, 100 megawatt sejam elektrik dijimatkan.

Categories
Diari

Solat Jumaat

Kadang kala, saya agak terlewat ke Masjid Solat Jumaat. Biasanya hari Jumaat waktu rehat adalah dari jam 12.15 hingga jam 2.45 petang. Saya akan bergerak dari ofis ke rumah (untung rumah dekat). Sampai di rumah, saya makan, mandi dan tidur sekejap.

Kemudian barulah saya akan ke masjid untuk solat Jumaat. Tetapi rasa amat kelam kabut dengan situasi sebegini. Sebab itu saya lebih suka keadaan seperti di kampung halaman saya, Kedah. Kalau hari Jumaat pagi tu boleh pi jogging dulu, kemudian boleh berehat bersama keluarga. Tengahari tidur sekejap dan makan. Dapat bersiap awal ke masjid. Jadi segalanya lebih tertur dan mudah nak tumpukan kepada ibadat pada hari Penghulu segala hari. Hmmm… Dah kerja di KL terpaksalah ikut rentak.

Tadi saya terlewat dan saya lihat dekat dah waktu nak solat. Saya keluar dari apartmen saya lihat dari tiga buah kedai mamak. Hanya sebuah yang tutup sementara untuk solat Jumaat manakala deretan Kedai makan Melayu Islam yang berniaga terus menjalankan operasi. Kalau yang organize kedai perempuan tak kisah tetapi lelaki! Pelanggan yang tengah makan pun lelaki Islam Melayu!

Hmmm… Ada enakmen yang membolehkan tindakan/denda diambil terhadap mereka yang sengaja meninggalkan Solat Jumaat. Entahlah… Bila tengok keadaan macam tu rasa amat sedih. Tak tahulah bila Masjid yang baru siap dibina dan dekat dengan deretan kedai makan tu mula digunakan bulan depan, tak tahulah macam mana keadaannya lepas ni. Adakah Solat Jumaat itu akan terus dilalaikan?

Categories
Tazkirah

Tazkirah: Bersangka Baik

Ada sangkaan baik… Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela hantu raya

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Wallahu’alam

p/s: Tazkirah ini, saya sampaikan dalam Mesyuarat Jabatan tadi dan saya ambil dari email. Moga kita sama-sama menghayatinya… InsyaAllah…

Categories
Diari

Update: Kereta Rosak

Hmmm… Saya tempohari memang pening bila fikirkan kereta yang bermasalah. Bab hos bocor, saya tak kisah sangat tapi bab gear yang memeningkan saya. Saya buat survey, kalau rosak gearbox dan tukar baru bagi WAJA adalah lebih kurang RM9K termasuk upah!

Adoi! mana nak cekau sampai RM9K?

Dua malam lepas, saya nak ke Klinik bawak wife medical check up. Sebelum saya start enjin kereta, saya baca Bismillah dan harapkan keajaiban berlaku. Saya teringat cerita seorang kawan tentang seorang lelaki warak yang naik motor tapi tak isi minyak pun sebab minyak motornya tak pernah habis.

Orang kata dia gila tapi orang warak itu kata, dia percaya yang gerakkan motor itu adalah Allah dan bukan minyak. Minyak hanya perantara. Orang warak tu cukup yakin kepada Allah. Memang keimanan orang warak itu sangat kuat hingga beliau tak perlu isi minyak motor. Benar atau tidak cerita tu saya tak pasti tetapi itulah yang diceritakan oleh salah seorang kawan saya.

Saya pulak waktu menghidupkan enjin dan berdoa dalam hati agar ia kembali pulih seperti sedia kala. Saya tanamkan tekad dan Alhamdulillah gear kereta saya berfungsi seperti biasa. Saya cuba lagi dan berjaya. Alhamdulillah…

Mungkin ada something wrong sebelum ni. Saya pun sukar nak jelaskan sebab saya bukan pakar sangat dalam bab kereta ni. semalam saya gunakan ke pejabat pun tiada masalah dah.

Cuma la ni kena perbetulkan hos yang bocor. Bila saya tengok bawah dashboard yang ni yang bocor (rujuk gambar).

Air menitik dari situ…

Masalah ni tak kritikal sangat, cuma tak boleh biar lama sebab takut berkulat kereta nanti…

Categories
Jenaka

Jenaka: Tipah Tertipu

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul,dah la ngantuk! Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.

Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde, Tipah sensorang ajer. Takut gak tau! Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu. Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? Peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han… … … .?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !

“Tt?tolong?toolongggg!” Tipah melontarkan segala suara yang ada.

“Hoh! Apsal terpekik pekik nih??” Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh… malu Tipah tau!