Categories
Diari

Dua Hari Yang Penuh Dengan Cabaran

Semalam (06 Jan 2009), saya perlu ke MDec di Cyberjaya untuk IHE Connectathon 2009. Ada testing dan briefing di sana. Macamana pun, memang group saya ke sana just untuk lihat senario yang ada dan input dari kumpulan lain.

Bermula jam 9.00 Pagi hingga petang saya berada di sana. Kebetulan saya perlu segera ke Paroi untuk menyaksikan game Kedah malam tu tetapi event tamat jam 5.30 petang. Adoi. Hujan lebat pulak tu!

Bila balik, saya terpaksa melalui traffic jam yang amat teruk untuk kembali ke Cheras. Saya terpaksa ambik Syasya dahulu sebelum ke HUKM untuk hantar server. Sampai di rumah jam 7.15 malam. Elok sampai masuk Maghrib, terus saya solat Maghrib dan selepas Solat Maghrib saya menanti Pa’an yang nak tumpang saya.

Jam 08.05 minit malam, saya baru melepasi Tol Sungai Besi. Terpaksa pecut. Hehehe… Tapi selaju-laju saya ada lagi yang lebih laju. Akhirnya saya sampai di Paroi kira-kira jam 8.40 malam dan terpaksa pula menempuh barisan yang panjang untuk membeli tiket dan mujurlah Hazwan ada untuk membantu.

Bagaimanapun, Kedah tewas 3-0. Sedihnya tetapi segalanya harus diterima dengan hati terbuka. Selepas bertemu coach dan pemain memberi semangat, saya dan rakan-rakan HKC bergerak ke RnR Seremban untuk menjamu sleera setelah Datuk Rahman dari Rahman Brothers menghadiahkan kami RM300 untuk mekan. Semua melantak. Hehehe…

Sampai di rumah dah jam 1.15 pagi.

Pagi-pagi lagi saya dah siapkan Syasya untuk ke Tadika. Syasya hari ni bila turun motor, nak berjalan pulak. Peliknya dia nak masuk ke kedai-kedai yang kosong dan masih tidak berpenghuni. Jam dah hampir jam 9.00 pagi. Terpaksalah melayan Syasya. Saya terpaksa kejan sebab nak hantar wife ke Putrajaya untuk interview jam 10 pagi. Adoi, Syasya pulak menangis dan tak mau masuk tadika. Lepas puas pujuk, Syasya beralah.

Kemudian terus pergi fotostat IC wife dan ambil kasut dari kawan wife sebelum terus pecut ke rumah. Sampai rumah dah jam 9.30. Waktu tu baru saya perasan, saya tertinggal IC di kedia Fotostat! Kena pecut pi kedai tu dulu sebelum pi Putrajaya.

Memang saya pecut sepecutnya kerana nak cepat (Jangan tiru macam saya). Tak tahulah ada speedtrap atau tidak. Tadi perasan ada satu. Janganlah sangkut. Hehehe… Elok sampai dan biarkan wife masuk tiba-tiba wife keluar sebab ada lagi sijil yang kena bawak.

Terus saya pecut ke Cheras kembali. Adoi memang kelam kabut jadinya. Dekat sejam jugaklah pergi balik sebab kena isi minyak dan top up touch and go sekali. Memang penuh dengan cabaran.

Akhirnya segalanya selesai selepas interview. Tetapi dua hari ni memang cukup memenatkan. Lepas tu ambik Syasya awal sikit dan kena dera pulak dengan Syasya! Memang mencabar!

Categories
Rencana

Tips Komputer

Anda nak tahu service pack version apa yang anda gunakan? cuma ikut langkah-langkah berikut:

  1. Klik Start, dan kemudian klik Run.
  2. Salin dan Tampal (Copy and paste), atau taip the arahan “winver” dan klik OK.
    Satu kotak dialog akan memaparkan versi terkini Windows yang anda gunakan dan juga versi tekini service pack dalam komputer anda.
  3. Nota Jika anda masih tidak pasti tentang service pack yang anda ada, anda bolehlah bertanyakan bantuan microsoft di http://support.microsoft.com (http://support.microsoft.com/) .
Categories
Diari

Kalah Lah Pulak

Hmmm… Alhamdulillah saya dan wife serta anak selamat pergi dan pulang ke Alor Setar untuk menyaksikan Perlawanan Bolasepak Liga Super 2009 di mana Kedah telah tewas 1-4. Memang tidak disangka sebanyak itu!

Apa pun rumusan oleh Jurulatih Kedah setelah habis perlawanan di Restoran Mama, Jalan Sultanah menyimpulkan kekalahan tersebut adalah kesilapan sendiri. Saya cukup respek kepada Mr. Coach Azraai yang cukup gentlemen meminta maaf dan mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Sesuatu yang saya cukup kagum lagi ialah sikap positif beliau. Walaupun ada yang melihat ia sebagai sesuatu yang buruk tetapi beliau sentiasa positif. Mungkin itu antara yang diperturunkan oleh Arwah Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil. Al-Fatihah (nanti saya akan tulis tentang kenangan saya bersama Arwah Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil).

Coach Azraai jelas dapat tahu kekuatan dan kelemahan pasukan dan InsyaAllah saya yakin pasukan kedah akan kembali bangkit. Thanks coach atas kesudiaan bersama-sama peminat selepas perlawanan malam tadi dan thanks juga Kepada Castelo Perantau HKC yang sudi menaja jamuan malam tadi.

Apa pun sekali gagal bukan bererti gagal selamanya dan Kegagalan adalah guru yang paling ampuh berbanding kemenangan!

Categories
Diari

Kedah vs Selangor

Kini kira-kira jam 5 pagi. Saya sedang bersiap untuk mengikuti rombongan pulang ke Kedah menyaksikan Perlawanan Piala Sumbangsih merangkap perlawanan Liga Super antara Kedah dan Selangor. Nampaknya hujan cukup lebat pagi ni.

Semalam dah pun ada sedikit promo yang mana saya dan rakan rakan di hijaukuning.com terlibat.

OK, doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang. InsyaAllah…

Categories
Diari

Senario Tahun Baru 2009

Senario pada malam tahun Baru 2009

Senario 1:

Ketika saya turun dari apartmen nak ke Sate Kajang, kelihatan beberapa remaja perempuan berpakaian ketat dan seksi dikelilingi sekumpulan lelaki yang bermotor.

Senario 2:

Ketika saya pulang dari Sate Kajang melalui Lebuhraya Grandsaga Batu 9 Cheras, saya terlihat sekumpulan gang motor lebih kurang 100 buah berkumpul di sebuah stesen minyak. Kebanyakkan berpasangan.

Itu adalah senario yang saya dapat perhatikan pada malam tahun baru 2009. Itu yang saya dapat lihat. Saya percaya, anda juga dapat melihat senario-senario lain yang lebih dahsyat lagi.

Hari ni 02 Januari 2009, anda boleh selak akhbar-akhbar tempatan dan sejak semalam lagi anda boleh tonton berita di media elektronik tentang betapa banyaknya kes Khalwat, Tangkap Basah, Pergaduhan, Rempit dan lain-lain jenayah pada malam tahun baru.

Apakah ini yang akan diulangi saban tahun. Ia tampak semakin serius dari setahun ke setahun dan adakah selepas ini ia akan menjadi lebih serius? Teringat pengalaman saya bertugas di Kaunter Jabatan Kecemasan pada dari 12 tengah malam 01 Januari 2008 sehingga jam 9 pagi 01 Januari 2008, kebanyakan kes yang dirujuk adalah kes pecah kepala akibat pergaduhan.

Nampaknya sambutan tahun baru sudah semakin tidak terkawal. Dalam menghadapi kemelesetan ekonomi dan pelbagai kedukaan saudara kita di Palestin, ramai yang memilih melupakannya.

Jika di negara kita bermandi percikan bunga api tetapi di  Palestin mereka dihujani tembakan peluru. Bukan salah untuk bersukaria namun setiap sesuatu harus ada batasan yang perlu dipatuhi. Apabila pergaulan bebas berleluasa, maka semakin banyak remaja yang akan rosak dan apabila semakin banyak remaja rosak masa depan negara akan terjejas kerana remaja hari ini adalah pemimpin pada masa depan.

Nampaknya semakin tahun kita semakin menyimpang!

Categories
Tazkirah

Cinta Allah

cubaan

Categories
Diari

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009

Sudah menjadi lumrah apabila tiba detik tahun baru Masehi kita mula merancang pelbagai perkara dan merenung kembali apa yang telah berlaku. Walaupun sebagai seorang Muslim, seharusnya kita lebih melihat kepada tahun Hijrah yang lebih banyak faedah dan keadilannya tetapi arus dunia begitu kuat untuk ditempuh menyebabkan Tahun Masehi menjadi suatu ukuran yang diterima pakai semua.

Sempena kedatangan tahun 2009 ini, diharap kita dapat menerapkan semangat Hijrah yang baru kita sambut agar dapat membawa diri kita lebih hadapan dan lebih baik daripada masa lampau. Sesungguhnya masa merupakan sesuatu yang tidak dapat diputar semula. Jika kita terlepasnya alangkah ruginya diri kita hinggakan dalam Al-Quran ditekankan soal masa ini.

Justeru marilah kita sama-sama bertekad ke arah perubahan yang lebih baik dan bermakna buat diri kita di samping menginsafi diri kita sebagai khalifah di bumi Allah.

masa
Credit to iluvislam.com

Buat semua Pengunjung Diari saya, Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2009. Mudah-mudahan kita semua diberkati dan diredhaai Allah sentiasa, InsyaAllah.