Categories
Berita

Alor Star dieja “Alor Setar” semula

14/01/2009

5:23pm ALOR SETAR 14 Jan. – Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada ’Alor Star’ semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990-an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. – Bernama

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm  (14/01/2009)

p/s: Alhamdulillah… Anda boleh baca semula keluhan hati saya dalam entry kira-kira dua bulan lepas. Akhirnya ia kembali seperti yang sepatutnya! Tahniah Kerajaan Kedah! – Baca sini… Alor Setar vs Alor Setar.

Categories
Berita

Alor Star dieja "Alor Setar" semula

14/01/2009

5:23pm ALOR SETAR 14 Jan. – Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada ’Alor Star’ semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990-an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. – Bernama

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm  (14/01/2009)

p/s: Alhamdulillah… Anda boleh baca semula keluhan hati saya dalam entry kira-kira dua bulan lepas. Akhirnya ia kembali seperti yang sepatutnya! Tahniah Kerajaan Kedah! – Baca sini… Alor Setar vs Alor Setar.

Categories
Diari

Nombor Ekor

Petang semalam ketika saya dan isteri serta Syasya makan di sebuah gerai di Taman Tenaga, Cheras isteri saya terpandang sesuatu. Kebetulan gerai yang kami makan bertentangan dengan sebuah kedai nombor ekor.

“Ramainya orang Melayu!” Celah isteri saya.

“Biasa la,” jawab saya.

“Memang orang ramai orang Melayu dok tikam nombor” sambung saya lagi. Saya pun memerhati ke kedai tersebut dan memang jelas dari raut wajah memang orang Melayu. Ramai pulak tu hingga terpaksa beratur ke luar kedai. Sedih melihatkan situasi tersebut.

Lalu teringat ada seorang kawan yang menceritakan ada orang Islam yang tikam nombor. Depa tau kata haram. Tapi depa kata bukan nak buat makan. Kami nak modify kereta dan renovate rumah. Tak makan aih!

Lalu saya jawab kepada kawan saya, “habaq kat dia, kalau dapat duit tu modify kereta pun kalau Haram jadi tak berkat dan silap-silap boleh eksiden teruk hingga hilang nyawa. Rumah pun boleh runtuh!”

Kalau tak berkat tu macam-macam boleh jadi…

Lalu teringat saya kepada kisah saya tersesat ketika nak ke RRI Sungai Buloh. Saya tersesat masuk ke Kampung Baru Rawang. Bila saya masuk ke kampung tu saya nampak hampir 95% bangsa Cina. Tetapi di suatu tempat di kampung itu saya jumpa ramai orang Melayu iaitu di KEDAI NOMBOR EKOR!

Categories
Diari

Kerisauan

Hati saya dilanda kerisauan apabila isteri saya mengadu senak perut akibat Syasya yang menendang perutnya ketika bergurau dan ketika bermain dengan Syasya.

Syasya boleh dikategorikan sebagai hiper aktif jika bersama dengan saya dan isteri. Dia akan berlari tidak berhenti-henti, memanjat, menjerit dan melompat-lompat. Kalau kami sedang tidur, dengan selamba dia boleh melompat ke atas kami.

Kalau lompat ke atas saya tiada masalah, tetapi atas isteri yang baru hamil. Risau betul. Tapi Syasya kalau ada orang lain selain kami, dia tiba-tiba akan jadi ayu dan pemalu. Berlakon betoi Syasya ni. Hehehe…

Saya dok pikiaq macam mana nak buat. Kalau ikut petua Dr. Fadzilah Kamsah, salah satu cara nak kurang keaktifan ialahdengan memakaikannya pakaian berwarna jingga dan pemakanan seperti buah betik. Ini kerana warna jingga berperanan mengurangkan keaktifan seseorang dan mengawal nafsu juga. Sebab itu sami Buddha memakai pakaian berwarna jingga.

Tapi dari segi pemakanan memang tak jalan sebab Syasya ni jenis kurang makan. Harap kepada susu sahaja. Pakaian nak kena consider. Tapi maybe isteri saya pulak rasa tak kena dengan selera dia pulak jika pakai warna jingga. Hehehe… Tak feminin katanya.

Apa pun, saya dan isteri kena ambil langkah preventif agar Syasya tak melompat ke atas perut isteri saya lagi selepas ini. Sesiapa ada cadangan?

Categories
Berita Rencana

7 tindakan ringan derita penduduk Palestin

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggariskan tujuh tindakan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin yang kini dengan rakusnya dibunuh tentera Israel.

Tujuh tindakan itu digariskan di dalam teks khutbah Jumaat bertajuk Tangisan Gaza yang dibacakan oleh Imam Masjid Negara, Md. Ali Sarbini hari ini.

Teks berkenaan turut dimuatkan dalam laman web Masjid Negara, www. masjidnegara.gov.my.

l Pertama: Membabitkan penyaluran bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan diiktiraf kerajaan yang kemudiannya akan menyalurkannya pula melalui Kementerian Luar Negeri.

l Kedua: Melibatkan usaha memboikot perkhidmatan seperti perbankan, insurans, syarikat minyak dan barangan yang mempunyai kepentingan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

l Ketiga: Negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara lain patut menghentikan penggunaan mata wang dolar Amerika dalam sebarang urusan perdagangan.

l Keempat: Perlunya tindakan segera dilakukan untuk menyatupadukan umat dan negara Islam seluruh dunia bagi menghadapi Israel.

l Kelima: Membawa penjenayah perang Israel ke muka pengadilan.

l Keenam: Menghapuskan tanggapan karut di kalangan umat Islam bahawa usaha melawan kuasa besar seperti AS adalah umpama mimpi di siang hari yang tidak akan tercapai sampai bila-bila.

l Ketujuh: Sentiasa berdoa bagi memastikan kesabaran dan ketabahan serta kemenangan sentiasa berpihak pada umat Islam.

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_14.htm (10/01/2009)

Categories
Diari

InsyaAllah Syasya Bakal Dapat Adik

pregbestMerujuk kepada Entry Apakah Maknanya? Memang benar apa yang pembaca diari saya komen. Macam sahabat Saya Adam, Ariep, Rozeman komen mereka sudah pun faham apa maknanya.

Menerusi Alat Pengesan Kehamilan, Jika Dua garis kelihatan pada Alat, bermakna ia adalah tanda positif kehamilan. Bila dapat tahu berita gembira ini, saya rasa begitu terharu dan bersyukur. Alhamdulillah…

Kemudian saya terus bawa isteri ke Klinik untuk pengesahan Doktor dan keputusan Doktor adalah sama! Alhamdulillah. Jika tiada aral melintang, tarikh jangkaan kelahiran ialah pada 11 September 2009. Hmm… Dekat dengan tarikh lahir Syasya Hana iaitu pada 30 Ogos 2006. Silap-silap sama dengan Tarikh lahir Syasya Hana.

Doakan semuanya berjalan lancar dan mudah serta Selamat, InsyaAllah…

Syasya Hana Bakal Dapat Adik! Dengan Izin Allah…

Categories
Rencana

Gaza Bermandi Darah: Apa Tindakan Kita?

Kita Umat Islam harus mengakui bahawa kita kini berada dalam keadaan yang amat lemah. Kita hanya mampu melihat sahaja pembunuhan dan jenayah perang Israel di Gaza. Apakah kita harus berdiam diri?

Ada banyak cara kita boleh lakukan untuk membantu rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza.

Sumbangan Wang

Anda boleh mengeluarkan sumbangan untuk membantu saudara kita di sana. Di sini saya senaraikan beberapa pihak yang mengutip sumbangan buat rakyat Palestin.

1. Tabung NSTP Untuk Gaza – Maybank 514105320501
2. Mercy Malaysia – CIMB 14240006561053
3. Yayasan Salam Malaysia – Public Bank 3072879302
4.Aman Palestin – Maybank 562263010787 & Bank Islam 12029010047880
5. Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) – Maybank  562142708704 & CIMB 1259-0000-8040-58.
6. Tabung Kemanusiaan Harakah – Bank Islam Malaysia Berhad 140690100212 

(Nota: Anda fikirlah badan mana yang anda rasa terbaik untuk sumbangan anda benar-benar dirasai oleh mereka di Gaza. Apa pun yang paling penting ialah niat kerana Allah )

Kalau seorang umat Islam di Malaysia derma RM1, Kita dah boleh dapat sekurang-kurangnya RM13 Juta. Kalau kita mampu lagi, derma lah lebih lagi.

Solat Hajat & Qunut Nazilah

Esok selepas Solat Jumaat, sama-samalah kita menunaikan Solat Hajat kerana kebanyakan Masjid merancang untuk melakukan Solat Hajat Untuk warga Palestin.

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: “Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri.” (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya. 

Sumber: http://temanpetunjuk.blogspot.com/2007/12/qunut-nazilah-kepentingan-kepada.html (09/01/2009)

Boikot Barangan Israel dan Amerika

Jika kita mampu, eloklah kita boikot barangan-barangan dari Amerika dan Israel. Sebaik mungkin kita cuba “Buy America Last”.

Juga Layari: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Demonstrasi / Petisyen

Untuk Online Petition Anda boleh ke sini : http://www.avaaz.org/en/gaza_time_for_peace

Jika anda seorang penuntut IPTA, Jangan risau ada jaminan oleh Menteri Yang Berkenaan. (Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel)

Jihad

Jihad ertinya cukup luas. Apa yang anda lakukan di atas juga adalah Jihad tetapi bagi mereka yang benar-benar kuat dan kukuh keimanannya dan punya kelebihan tertentu, harus berani melangkah ke Bumi Palestin berjihad melawan Yahudi Laknatullah.

Ini adalah langkah untuk mereka yang benar-benar kuat.

Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan. Terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita punya hati dan merasai ukhwah sesama saudara. Jika tidak kita hanya melihat dengan sebelah mata sambil terus alpa dengan nikmat dunia. Apa yang saya cadang ini hanyalah secebis cuma. Marilah sama-sama kita kembalikan Kegemilangan Umat Islam di dunia.

Fire and smoke is seen from Israeli miltary operations in Gaza City, Thursday, Jan. 8, 2009. Lebanese militants fired at least three rockets into northern Israel early Thursday, ripping through a crowded nursing home and threatening to open a new front for the Jewish state as it pushed forward with a bloody offensive in the Gaza Strip that has killed nearly 700 people. -AP
Fire and smoke is seen from Israeli miltary operations in Gaza City, Thursday, Jan. 8, 2009. Lebanese militants fired at least three rockets into northern Israel early Thursday, ripping through a crowded nursing home and threatening to open a new front for the Jewish state as it pushed forward with a bloody offensive in the Gaza Strip that has killed nearly 700 people. -AP
Categories
Diari

Viruspadu

Pagi ni saya terima hadiah daripada Zaimah atau nama penanya viruspadu. ini kerana saya merupakan pengunjung bertuah blog beliau. Iaitu pengunjung ke 444,444.

Beliau merupakan seorang rakan sekuliah sewaktu di kampus UUM dahulu dan kini merupakan seorang penulis blog tegar. Hehehe.. Thanks Zaimah atas hadiah yang dikirimkan.

Hadiah Yang Diterima. Thanks...

Blog beliau kini memang cukup ramai pengikut setia yang tak jemu mengunjungi blog beliau. Kalau anda nak lihat apa keistimewaan blog beliau berkunjunglah ke http://viruspadu.blogspot.com.

Categories
Diari

Apakah Maknanya?

Cuba lihat gambaq di bawah.

pregbest

Apakah tandanya?

Ada sesiapa tahu?

Categories
Rencana

Celaka Lah Kau Israel!

Pagi semalam pandangan saya tertarik kepada muka depan Akhbar Utusan Malaysia. Gambar di atas adalah gambar yang tercetak pada Akhbar Utusan Malaysia 07 Januari 2009.

Saya merenung gambar tersebut dengan penuh teliti. Lantas Saya terbayang wajah comel anak saya, Syasya. Saya terbayang, kalau itu adalah anak saya kerana saya dapat bayangkan betapa comelnya anak malang itu. Sudah pasti dia masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan. Mungkin hanya mahu bermain dan mencuba perkara-perkara yang baru dipelajari.

Mangsa adalah seorang anak kecil yang masih terlalu mentah dan tidak tahu apa-apa tetapi peluru Perang menjadikannya mangsa yang cukup memilukan. Wajah kecil yang suci tanpa dosa itu menjadi korban Rejim Israel Laknatullah.

Hati saya panas! Kesal dan terasa begitu lemahnya Umat Islam. Dunia hanya mampu mencecam, mengutuk dan kesal terhadap apa yang berlaku tanpa ada tindakan-tindakan konkrit. Saya sendiri harus mengakui kelemahan diri yang nyata menjadikan Israel bermaharajalela membunuh dengan sesuka hati. Lebih 650 nyawa melayang seperti ia tiada apa-apa perasaan dalam hati mereka. Membunuh dengan kejam seolah sudah menjadi makanan harian yang langsung tidak meninggalkan kesan dalam hati mereka. Nyatalah hati mereka sudah langsung mati!

Setelah kesucian Masjid dinodai, kini Israel yang mula menggerakkan serangan darat mula menjadikan sekolah sebagai sasaran dan mungkin juga nanti hospital juga akan turut menjadi sasaran. Israel tidak mengenal erti kemanusiaan. Tambahan pula ia disokong oleh Amerika yang seperti melepaskan batuk di tangga berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Sememangnya Amerika merupakan boneka Israel.

Semalam penggunaan Bahan Fosforus yang boleh mengakibatkan kulit terbakar mencerminkan usaha bersungguh-sungguh Israel melakukan penghapusan etnik dan hasrat mereka untuk memperluaskan negara haram mereka.

Marilah kita sama-sama mengambil langkah mula untuk mengajar Rejim Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Mari kita buktikan dengan memboikot barangan Amerika/Israel. Memang harus diakui dalam kehidupan seharian kita, kita sudah sebati dengan barangan mereka tetapi demi maruah Islam marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan barangan Amerika/Israel sebagai permulaan dan kemudian terus langsung tidak menggunakannya.

Kalau macam Coca Cola, sepatutnya kita boleh terus henti minum. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawa kita mampu memberi impak walaupun kita hanyalah insan kerdil tetapi jika kita bersatu, kita akan teguh.

Berbalik isu Gaza, adakah dunia dan Amerika akan menganggap Ehud Olmert sebagai Penjenayah Perang? Beranikah dunia? Kalau Saddam Hussein dan Iraq, cukup pantas dunia mengambil tindakan tetapi jelas ‘double standard‘ berlaku dalam kes ini.

Sekali lagi dengan suara yang kerdil ini, saya menyeru semua Umat Islam dan saudara muslimku agar sama-sama bersatu dan sama-sama bertindak dengan segala daya kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Allah ini.

Ayuh saudara-saudaraku!

CELAKALAH KAU ISRAEL!

p/s: Jom sama-sama sokong online petition ini. GAZA: STOP THE BLOODSHED