Categories
Rencana

Erdogan Dijulang Hero

Tengahari tadi, saya mengambil sedikit masa untuk melayari Internet setelah agak pening melakukan sedikit pembacaan tentang Jdeveloper 11G untuk tugasan saya lantas saya membuka portal Malaysian Insider dan terpampang gambar besar Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Davos melintasi Shimon Peres. Ia menarik minat saya untuk terus membaca berita lanjut.

Kredit kepada AP
Kredit kepada AP

Tindakan Perdana Menteri Turki itu, nyata memberi tamparan hebat kepada penganjur dan peserta Forum ekonomi yang sentiasa menjadi tumpuan dunia apatah lagi sebelum itu para hadirin memberi tepukan gemuruh kepada kenyataan Peres.

Bagaimana ia mahu dianggap adil untuk berhujah jika Erdogan diberikan 12 minit dan Peres 25 minit untuk berhujah? Moderator pula merupakan seorang penyokong kuat Zionis di Washington Post, David Ignatius. Jika di atas pentas sebegini pun sudah tidak ada keadilan, apatah lagi di Palestin. Jadi tindakan Erdogan adalah kena pada waktunya.

Jelas dan nyata, masih ramai di sebelah sana yang tidak mengetahui isu sebenar di Palestin. Ketidakfahaman isu sebenar ini menjadikan mereka mudah diperdaya oleh puak Yahudi. Hamas telah berjaya dicap sebagai pengganas dan pencetus kisah perang sedangkan hakikatnya berbeza.

Jadi atas pegangan itu, ramai di sebelah Barat yang memberikan sokongan kepada Israel tambahan pula kerja-kerja melobi puak Yahudi ini memang cukup kelas. Oleh kerana rangkaian media di Barat bersangkut paut dengan Yahudi, maka gambaran gambaran palsu dicipta agar pandangan Barat jauh tersasar. Lihatlah betapa besarnya kuasa media!

Namun, tindakan Erdogan dalam Forum Ekonomi Davos telah mencetuskan suatu persoalan kepada hadirin dan juga pemerhati luar. Persoalan yang akan membuatkan mereka lebih menggali isu Palestin dan Israel dengan lebih mendalam serta tuntas lantas boleh memperbetulkan tanggapan

Kredit kepada AP
Kredit kepada AP

 mereka terhadap Palestin. Nyata ia merupakan satu tindakan berani, berintegriti dan bermaruah oleh Erdogan. Tidak hairanlah namanya dijulang sebagai perwira sekembalinya ke Istanbul dan juga di seluruh pelusuk Gaza yang mengangkatnya sebagai hero.

 

Syabas Recep Tayyip Erdogan! Hail You Erdogan! Salute You Erdogan! Respect You Erdogan! Proud Of You Erdogan!

Cuma, saya berharap janganlah ia hanya sementara, semata-mata kerana permintaan maaf Shimon Peres kepadanya melalui perbualan telefon selepas itu apatah lagi Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel!

Categories
Diari

Permata Hati Part 3

Malam tadi, saya dan isteri terasa begitu kesian kepada Syasya. Syasya menangis meronta-ronta tak mahu telinganya dikorek untuk buang tahi telinga. Syasya menjerit, “Sakit! Sakit!” Sekuat-kuatnya sambil menangis. Kesian pulak rasanya. Tapi langsung tak korek lagi dah kata sakit. Hehehe…

Saya mintak wife, tangguh dulu korek telinga Syasya sebab Syasya meronta tak mau, lagi pun takut bila Syasya meronta nanti bahaya pulak. Isteri saya bertegas nak korek jugak sebab dah banyak dah tahi telinga. Aduh serba salah jadinya saya. Jadi saya terpaksa pegang tangan dan kaki Syasya dan wife saya pegang kepala. Syasya meronta lagi.

Alamak kesiannya. Syasya mengalah sekejap. Elok kami nak korek telinga dia, dia tunjuk ke arah buku sambil merayu, “nak baca!”. Syasya memang pandai alih topik. Hehehe… Kami kata “OK”.

Lepas tu kami nak korek lagi, dia kata, “Nak tidor” (Maksudnya nak baring). Kemudian bila nak korek lagi, dia kata, “Nak Word World! (Kartun Kat Channel 613 ASTRO).

Adoi, pandai betoi alih topik. Bila nak korek lagi, dia bagi alasan lain pulak. Hmmm… Boleh pulak tu sambil tengah nangis bila kami mengeluh, dia terus gelak. Aih, macam main-main ja! Hehehe… Macam macam lah Syasya ni.

Last sekali kami tak jadi korek. Kena cari alternatif lain pulak, maybe ubat titik ka. Sebelum ni, Syasya ok ja kalau korek telinga. Hmmm…

Saya search di Internet, macam-macam yang saya jumpa. 

Anda ada penyelesaiannya???

Categories
Diari

Motor vs Kereta

Hmmm… baru tadi, saya terpaksa mengharungi hujan lebat untuk pulang ke rumah dari pejabat. Hujan memang lebat tapi dah tak sempat terpaksalah redah. Kebetulan sewaktu balik, saya ternapak sebuah motor tersadai di tepi jalan. Nampaknya macam eksiden.

Kemudian tiba-tiba sebuah kereta cukup laju meluncur di belakang motor saya. Saya memang tak boleh nak laju dah sebab atas permukaan jalan yang licin, memang kena slow. Siapa yang biasa naik motor tahulah kalau brek sewaktu hujan atau pun jalan licin. Pastinya sukar hendak dikawal kalau kelajuan pada tahap yang tinggi. Sebab itu saya memilih untuk tidak begitu laju tetapi kereta itu terus ‘cucuk’ saya. Hmmm… Saya cuma berserah ja dan ke tepi sedikit memberi laluan kepada kereta tersebut. Nasib baik ada selekoh dan kereta itu belok ke selekoh lain selepas itu.

Saya cuma berharap kepada pemandu kereta, cubalah fahami risiko seorang penunggang motorsikal. Sekali sahaja tersilap, melayang nyawa! Sebab itu dalam statistik PDRM, memang mangsa utama kecelakaan jalanraya ialah penunggang motorsikal.

Dan kepada penunggang motorsikal pulak, patuhilah peraturan jalanraya. Paling ketara ramai yang langgar lampu isyarat dan juga mencelah tak kena masa. Pemandu kereta dan motor kena sama-sama berhemah di jalanraya. Tetapi yang sellau jadi mangsa ialah penunggang motorsikal!

Categories
Rencana

Banner Bersama Palestine

Bebaskan Palestin!

 

Bebaskan Palestin!

Dapatkan Banner-banner untuk menyatakan sokongan anda kepada Palestin dan kempen boikot Produk Israel dan sekutunya. Banner ini direka oleh Red Rebana dan anda boleh dapatkan pelbagai banner tersebut di sini. [http://www.redrebana.com/free-palestine.php].

Categories
Diari

Silap Planning

Alamak… Saya memang melakukan satu kesilapan besar sewaktu cuti Tahun baru cina baru baru ni. Saya merancang untuk melakukan banyak perkara tetapi saya semacam lupa bahawa ekonomi Malaysia ketika ini dikuasai oleh kaum Cina. Jadi banyak perkara yang saya nak buat terbantut. Apa tidaknya, nak repair motor pun kedai tutup!

Kebetulan saya tak balik kampung dan cuma bercuti di KL, memang dapat merasakan perbezaan ketara. Di depan apartmen saya cukup sunyi kerana hampir kesemua kedai tutup kecuali kedai mamak dan sebuah pasaraya. Bila masuk pasaraya pun, banyak barang yang habis. Contohnya saya nak beli roti Gardenia, habis licin!

Hmmm… Nampaknya kena tunggu hujung minggu ni lah kalau nak settlekan perkara-perkara lain. Itu pun saya lihat pada notis banyak kedai yang hanya akan mula beroperasi kembali pada 30hb Januari. Memang kesilapan besar saya. Hehehe…

Apa pun dari perspektif lain, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa, kita seharusnya ada inisiatif menguatkan kepentingan kita Umat Islam dalam rantaian ekonomi di negara kita agar kita tidka terlalu bergantung kepada orang lain. Banyak yang perlu kita belajar dari Kaum Cina hinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Tuntut ilmu hingga ke Negeri China”. Sama-sama kita renungkan…

p/s: Best ja drive kat KL waktu cuti, Tenang sungguh!

Categories
Rencana

Palestine Dulu dan Kini

Saya sempat meneliti beberapa blog yang menulis tentang Gaza. Saya cukup tertarik kepada satu peta yang menunjukkan Palestine dari tahun 1946 hingga kini. Tidak perlu saya huraikan panjang untuk kita memahami apa motif Israel. Lihatlah gambaran di dalam gambar di bawah. Anda pasti dapat menilainya…

Categories
Diari

Kejam !

Kelmarin, saya sempat menonton ASTRO AFC Channel 703 yang memaparkan sebuah dokumentari bertajuk The Biggest Restaurant. Ia memberi liputan kepada sebuah Restoran yang terbesar di China. Ia mampu menempatkan kira-kira 5000 pelanggan dalam satu satu masa, mempunyai lebih 100 bilik khas yang cukup lengkap, mempunyai tasik dan kira-kira 300 orang chef.

Seperti yang kita ketahui China merupakan salah satu destinasi bagi penggemar makanan eksotik. Di restoran tersebut kira-kira 200 ekor ular diperlukan untuk dimasak. Saya tengok pun geli. Hehehe… 

Mulanya Oklah sebab, memang makanan depa pun tapi bila ditunjukkan salah satu makanan yang mendapat sambutan pelanggan ialah makanan dari haiwan yang masih hidup! Memang kejam!

Ditunjukkan mulanya ular. Dipegangnya kepala ular itu dan kemudian dibuang kulit ular itu ketika ular itu masih hidup dan kemudian dicelur ular itu sekejap dalam air panas sambil kepala ular yang masih hidup dipegang. Selepas dicelur dengan air panas, terus dengan pantas mereka memotong ular itu kepada beberapa bahagian dan terus dimasukkan ke dalam pinggan dan ditaburkan sayuran dan sos. Memang jelas ketika itu ular yang dipotong-potong itu berdenyut-denyut lagi dan dijamu kepada pelanggan. Kejam!

Yang kedua ikan. Diambilnya ikan yang masih hidup, dibuang perut ikan itu tetapi insang dibiarkan untuk ikan itu terus bernafas. Kemudian dibuang sisik ikan dan terus disapu dengan serbuk kunyit dan terus dimasak bahagian badan dan ekor ikan itu. Kepala ikan itu dipegang oleh chef. Ikan itu masih lagi bernyawa ketika itu.  Selepas digoreng dalam masa yang pantas, diletakkan ikan itu di dalam pinggan dan ditambah sos sebelum dijamu. Ikan itu bergerak-gerak menahan sakit badannya yang dimasak. Memang Kejam!

Di mana sifat kasih sayang seorang manusia. Mengapa sanggup diseksa haiwan sebegitu walaupun memang haiwan itu adalah makanan kita? Dalam Islam sendiri diajar agar disembelih haiwan(Bagi yang perlu sembelih) atau dipastikan haiwan itu mati dahulu (bagi yang tak perlu sembelih) agar tidak menyeksa haiwan. Tetapi dalam kes semalam, memang cukup kejam.

Teringat saya kepada cerita cikgu saya dahulu yang menceritakan bagaimana seekor monyet yang masih hidup dipotong bahagian atas kepalanya untuk dijamu otaknya. Ketika itu monyet itu masih hidup dan manusia yang tiada rasa belas terus menjamah otak monyet itu ketika monyet itu masih hidup. Waktu tu saya macam tak percaya sahaja tetapi bila dah membesar, barulah saya tahu itu adalah kisah benar dan malam kelmarin dokumentari yang saya lihat mengesahkan lagi betapa kejamnya manusia!

Categories
Diari

Forum Tanjung 93

Hmmm… Alhamdulillah setelah berusaha dengan bantuan sahabat qfirdaus, dapat juga saya set up forum khas untuk ex-class mate saya di MRSM PDRM dulu, Kelas Tanjung 1993.

Ia boleh dicapai menerusi www.tanjung93.cjb.net. Kepada semua warga Tanjung 93, bolehlah mendaftarkan diri di sana. Ia hanya Eksklusif untuk ahli kelas Tanjung sahaja! Orang lain tak boleh. Hehehe… Sorry, sebab ada yang nak kan privacy dalam perbincangan rakan-rakan lama.

Diharapkan ahli Tanjung yang baca diari saya ini dapat menyertai forum tersebut. Terima Kasih…

Forum Tanjung 93

Categories
Diari

Alahan

Hmmm… Apabila isteri mengandung memang suatu cabaran sebenarnya bukan sahaja bagi si isteri tetapi juga bagi si suami. Isteri saya bila mengandung memang alahannya agak teruk. Bau sikit ja dah tak tahan. Makan pun cuma jamah sikit ja. Lepas tu muntah-muntah. Kalau bab muntah ni biasalah.

Tetapi yang agak merisaukan sewaktu mengandungkan Syasya dulu, isteri saya sampai terpaksa masuk wad. Doktor lihat kandungan bergerak aktif dan maybe itu salah satu faktor penyumbang kepada Syasya yang agak hyper aktif seperti sekarang. Ini membuatkan pergerakan jantung agak pantas dan isteri saya sering berasa penat dan kadang kala sesak nafas.

Sampaikan kena masuk wad dan melalui ujian ECG dan juga kena pasang holter di badan untuk merekodkan denyutan jantung. Saya pun waktu tu memang agak panik tambahan pula sedang sibuk dengan developement phase terpaksalah pulang lewat selalu dan isteri keseorangan di rumah. Duduk pulak rumah apartmen yang jiran-jiran laki bini bekerja, memang agak merisaukan. Ya memang saya amat risau dengan senario sebegitu.

Alhamdulilah akhirnya Syasya selamat dilahirkan di PPUKM, tempat kerja saya. Hehehe… Dan kini apabila disahkan mengandung, simptom-simptom yang sama dah mula kelihatan tetapi taklah seteruk seperti sebelum ini. Kali ni isteri dah bekerja dan tak duduk terperuk di rumah seperti sebelum ini dan dah mula boleh berdikari.

Tetapi bila datang alahan, memang saya turut risau. Saya sering doakan agar alahan seperti kali pertama mengandung tidak berulang. Cuma waktu ni isteri nak sangat buku ’40 minggu Nan Indah’ yang saya belikan kepadanya dahulu tapi la ni apabila seorang rakannya pinjam sewaktu mengandung dan kemudian menghilangkan diri, buku itu turut dibawa pergi. Hmmm… Puas mencari di kedai-kedai buku, dan saya nak kena order terus kepada Karangkraf lepas ni.

Apa pun, sebab itu pengorbanan ibu amat besar nilainya dan darjat seorang wanita akan semakin tinggi apabila semakin ramai anak yang beliau kandungkan. Teringat dahulu sewaktu sekolah rendah. Seorang guru pernah menceritakan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Katanya, kalau kita nak cuba, kita boleh ambil sebiji buah kelapa dan ikat di perut. Kemudian nak kemana pun kita biarkan ia terikat di perut. Nescaya, selepas satu hari, kita dha tak mahu mengikatnya di perut tetapi seorang ibu sepanjang sembilan bulan mebawa kita pergi kemana sahaja ibu pergi, memang suatu pengorbanan yang amat menakjubkan!

Itulah kekuatan Seorang Wanita yang tidak dapat ditandingi oleh lelaki!

Categories
Berita

Arenawati meninggal dunia

25/01/2009 11:20am

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Sasterawan Negara 1988, Muhammad Dahlan Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia pukul 1.30 pagi ini.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pukul 12 tengahari ini untuk solat jenazah selepas waktu Zohor.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, dekat sini selepas itu – Utusan.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm (25/01/2009)

Al-Fatihah…