28
11
2008
Hmmm… Malam tadi terasa sakit belakang. Bila tidoq rasa macam tak selesa. Terjaga pulak waktu sebelum Subuh. Mandi dan kemudian solat Subuh dahulu. Selepas solat terus sambung tidoq. Kunci jam 7.15 pagi sebab hari ni tak cuti. Selalunya saya akan bertolak dalam jam 7.45 dari rumah dan biasanya akan sampai dalam jam 7.55-8.00 ke pejabat kecuali kalau ada apa-apa perkara kecil maybe akan terlewat dalam 2-3 minit. Contohnya kalau Lif lambat sangat.
Tadi, saya seperti biasa bertolak dalam 7.45 pagi, saya bawak motor pun rileks sahaja. Di lampu isyarat berhampiran Plaza Dwitasik tu, saya tersangkut. Macam biasa tunggu ja lah. Elok hijau ja terus saya pecut tapi nampak kon kon, mulanya ingat depa dah tak bagi staff di Plaza Dwitasik parking di situ tapi bila jengok lagi ke depan, rupanya jalan ditutup! Kena buat U-turn. Adoi!
Kena lalu jalan satu lagi. Memang dah diagak jalan agak sesak sebab satu laluan tu ja. Saya lalu ikut jalan belakang Tasik Permaisuri barulah ternampak dari situ papan makluman Jalan ditutup sehingga 16 Jan 2009. Lama tu! Tinggal satu jalan ja la ni. Jalan lain ada tapi jauh.
Hmmm… Last sekali terlewat 15 minit ke pejabat. Sangkut kat Lampu Isyarat yang asyik merah ja. Adoi. Hmmm… Lepas ni kalau waktu hujan lebat, saya kena cari alternatif jalan untuk balik rumah dari Bandar Tun Razak sebab jalan yang boleh dilalui la ni selalunya tenggelam bila hujan lebat. Hmmm… Untuk tempoh dua bulan ni kena lah lalui lagi pun dengarnya nak buat lencongan jalan yang lebih selesa di situ…
Comments : No Comments »
Categories : Diari
27
11
2008
Malam tadi sewaktu saya surf ada saya terlihat online news tentang India. Saya tak dan baca habis tapi yang tertulis kat Tajuk ialah Taj Mahal dan Oberoi. Lepas tu saya baca sekali lagi online news di pejabat terkejut bila baca tentang kes rampasan hotel oleh kumpulan pengganas yang menembak membuta tuli hingga sekurang-kurangnya 80 orang meninggal di Mumbai.
Ada tajuk Terror Strikes Mumbai Again - http://broadband.indiatimes.com/toishowvideo/3762676.cms
Memang mengejutkan dan saya memang tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian walaupun ia berhasrat untuk mendapatkan keadilan. Ia bukan caranya. Kumpulan pengganas didakwa sebagai kumpulan Muslim dan kita sebagai muslim tidak harus mengmabil langkah sedemikian. Islam agama keamanan. Islam tidak mengajar kita membunuh membabi buta.
La ni difahamkan sejumlah mangsa masih lagi menjadi tawanan dalam Hotel mewah berkenaan. Memang isu ini akan diajadikan modal oleh musuh Islam untuk terus memerangi umat Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak bersatu. Kita ditindas walaupun ramai.
Apa pun kita tunggu dan lihat kes di Mumbai ini bagaimana ia akan berakhir. Adakah seperti dalam filem hindustan?
Comments : No Comments »
Categories : Diari
27
11
2008
Alhamdulillah, hari ini genap Tiga tahun pernikahan saya dan isteri tersayang.
Sepanjang tiga tahun ini, cukup banyak pengalaman yang saya tempuhi dan saya lalui bersama isteri dan kini kami sudah bertiga bersama Syasya Hana. Ada pahit ada manis, asam garam hidup berumahtangga dan Alhamdulillah ia dapat diatasi satu per satu. 
Di awal perkahwinan mungkin isteri saya agak terkejut dengan corak hidup di KL. Bayangkan dengan saya sibuk dengan kerja sampai keluar pagi jam 7 balik ke rumah jam 12 tengah malam kadang-kadang menjangkaui jam 3 atau 4 pagi. Isteri saya keseorangan di rumah. Saat yang paling hiba ialah sewaktu saya balik rumah ketika senja, saya lihat lampu rumah tertutup dan bila dibuka pintu terlihat wajah isteri saya menangis kesunyian di hujung jendela bersama sekuntum bunga mawar. Memang hati saya tersentuh tetapi saya tak mampu lari dari kesibukan tugas yang menggila waktu tu.
Saya rasa amat bersalah tetapi dalam masa yang sama saya cuba atasi beban kerja waktu itu. Tambah perit keadaan kewangan waktu itu pun tak begitu mengizinkan hingga saya tak berdaya membawa wife saya berjalan-jalan pada masa terluang. Memang cukup terkesan pada saya. Alhamdulillah isteri saya memahami dan dia sanggup berkorban sambil mengandungkan Syasya ketika itu.
Selepas kelahiran Syasya, dimensi baru terhasil. Ada penyeri hidup dan rezeki mula bertambah. Alhamdulillah dan hidup semakin ceria. Apatah lagi isteri saya mendapat tawaran KPLI-JQAF. Ketika ini cabaran semakin rumit kerana kesibukan belajar + kesibukan kerja saya memang cukup menghimpit. Alhamdulillah ia tetap dapat dilalui.
Setelah habis pengajian, barulah segalanya mula berjalan lancar. Alhamdulillah… Kini sasaran tahun depan sebelum ulangtahun keempat ialah Syasya akan ada adik. Semuanya terpulang kepada rezeki yang Allah berikan. InsyaAllah…
Dalam berumahtangga pasti ada pasang surutnya. Kadang kala memang menguji kesabaran tetapi itulah yang harus kita tempuhi untuk menjaga mahligai yang telah dibina dari hancur berkecai. Alhamdulillah kini, segalanya semakin bersinar dan saya berdoa agar ia terus bergemerlapan. (Doakan saya dan keluarga ya! Thanks).

Sayang, Selamat Hari Ulantahun Perkahwinan yang Ke-3. InsyaAllah abang akan usaha tingkatkan apa yang kurang dan perbaiki kelemahan yang ada. Abang sayang Sayang……………………………………………………….
Comments : 5 Comments »
Categories : Diari
26
11
2008
Alhamdulillah saya baru sahaja selesai settlekan pendaftaran perbankan Internet untuk akaun di Affin Bank. Sebelum ni saya buka akaun Affin (Waktu tu Perwira Habib Bank) waktu saya join Askar Wataniah dulu. Kemudian sampailah ia tidak aktif dan tahun ni saya daftar semula dan waktu daftar semula tu, ada sedikit soal selidik yang depa bagi. Saya tulis saya perlukan perbankan Internet dan la ni Alhamdulillah dah ada dah.
Cuma kelemahan Affin Bank Internet Banking ni ialah kita kena tunggu 24 jam dulu selepas register di ATM baru boleh kita proceed ke First Time Log in. Apa pun dah settle.
Saya sememangnya ada banyak akaun bank (duit tak seberapa. Hehehe). Antaranya Maybank, CIMB, Muamalat, Tabung Haji, Affin Bank, BSN (2 akaun) dan Al-Rajhi. Yang saya dah guna Perbankan Internet ialah Maybank, CIMB, Affin Bank dan Al-Rajhi. Yang lain tu saya harap ada lah nanti terutamanya BSN yang agak sukar sebab tak ada mesin deposit Tunai. Setiap kali nak bank in duit kena beratoq lepas tu kena pi time office hour pulak. Sekurang-kurangnya kalau ada Mesin Deposit Tunai, senanglah sikit dan kalau ada perbankan Internet lagi bagus!
Apa pun di tempat saya akan ada tiga Bank bukak cawangan iaitu AmBank (Penting untuk urusan loan kereta dan HKC), BSN (Personal needs) dan CIMB (Personal Needs). Kalau bank tu dah ada Internet banking, senang. Saya harap bank yang masih belum berusaha ke arah itu.
Comments : 1 Comment »
Categories : Diari
26
11
2008
Semalam, saya tengah dok pening kepala memikirkan beberapa tugasan yang perlu disiapkan. Tiba-tiba dapat email dari ketua unit bertanyakan macam mana nak ke Seminar Helathcare. Transport tak disediakan. Ha! Saya lupa update dalam jadual saya seminar tu. Alamak!
Mula jam 10 pagi di IBM Malaysia, Bandar Utama tapi jam 9.50 pagi saya baru saya bergegas pecut ke Bandar Utama dari Bandar Sri Permaisuri. Alhamdulillah sempat sampai jam 10.20 pagi. Yang lama sikit tu nak parking. Hmmm…
Awat la saya lupa masukkan dalam jadual? Maybe sebab pindaan tarikh kot. Apa pun kena mengaku ia kecuaian diri!
Comments : No Comments »
Categories : Diari
25
11
2008
Secara Peribadi, saya tidak bersetuju nama Alor Setar diubah kepada Alor Star. Namun ia telah diubah pada 21 Disember 2003 dan saya masih lagi menulis Alor Setar bukannya Alor Star. Saya bukanlah pakar bahasa, tetapi bagi saya nilai sejarah yang ada harus dikekalkan keasliannya.
Mungkin perkataan ‘star’ itu diambil untuk menunjukkan bintang yang nampak macam glamor dan eksklusif tetapi dari segi sejarah Alor Setar bermula dari sebuah Alor yang terdapat di situ pokok Setar atau dalam bahasa saintifiknya “Bouea macrophylla”.
Jadi menukar Alor Setar kepada Alor Star adalah tidak relevan sama sekali dan sedikit sebanyak boleh menghakis nilai sejarah yang ada pada nama Alor Setar. Bila masa berlalu nanti, anak cucu akan tanya kenapa nama Alor Setar. Alor Bintang ka?
Bagi saya biarlah keaslian nilai sejarah itu dikekalkan. Seingat saya ramai yang menentang tetapi Kerajaan Negeri Ketika itu masih lagi mengekalkan nama Alor Star sebagai nama baru. Mungkinkah kerajaan Negeri baru kali ini akan melihatnya sekali lagi?
Pada saya Alor Setar tetap Alor Setar! Bukan Alor Star!
Comments : 1 Comment »
Categories : Rencana
25
11
2008
Selamat Hari Lahir ke-24 buat adik saya Mohd Faizol. Dalam family saya semua lahir di Kedah kecuali Faizol yang lahir di Hospital Temerloh Pahang. Waktu tu kami dok kat Jerantut pada tahun 1984. Elok sahaja bagun pagi, saya perasan yang mak dan abah saya tak ada. Jadi saya gerakkan adik saya, Shaukhi.
Lepas tu abah balik dan bawak pi makan Roti Canai sambil abah habaq, kami dapat adik baru. Lepas tu tahun 1985, kami kembali ke Kedah dan semua adik-adik yang lain lahir di Kedah. Faizol ni anak ketiga dari enam beradik.
Memandangkan dia seorang sahaja yang lahir di Pahang, dia sahaja yang lain sikit. Adik beradik yang lain semua agak berisi tapi Faizol memang kurus. Paksa dia makan lebih, lepas tu muntah balik. Hehehe…
Selamat Hari Lahir, Semoga Berjaya dalam hidup!
p/s: Ralat… Saya jadualkan semula sebab terbalik pulak tarikh lahir adik saya ni. Hehehe… Sorry…
Comments : 1 Comment »
Categories : Diari
24
11
2008
Alhamdulillah, 18 November lalu, isteri saya yang tersayang selamat berkonvokesyen bagi Kursus KPLI JQAF Ambilan Januari 2007 dan memperolehi keputusan Cemerlang. Alhamdulillah segala kesibukan yang dilalui kini berkurang sedikit. Kalau tidak, cuti sekolah ja memang kena masuk Maktab. Hari Sekolah memang kena mengajaq. Tu tak termasuk kena berkursus lagi. 
Memang banyak cabaran yang harus dilalui dan kadang kala memang rasa cukup perit tetapi segalanya berbaloi dengan segulung sijil yang dikecapi. Untuk berjaya, bukan sedikit pengorbanan yang harus dilalui. Semuanya harus ditempuhi dengan penuh ketabahan.
Sekarang tumpuan lebih banyak boleh diberikan kepada mendidik anak bangsa dan keluarga. Alhamdulillah Tahniah dari abang. Teruskan kejayaan dalam pengajaran pulak!
Semoga menjadi seorang Pendidik yang Berdedikasi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, InsyaAllah…
Abang doakan…
Comments : No Comments »
Categories : Diari
24
11
2008
Alhamdulillah dan Tahniah buat Abang Ipar saya Abdul Muiz dan Kak Suziela yang selamat dikurniakan Cahaya mata kedua seorang bayi lelaki di Pusat Pakar Shah Alam pada jam 6.35 petang 22 November 2008. Ketika menerima perkhabaran gembira tersebut, saya dan keluarga berada di Zoo Taiping. Tak dapat nak pi jenguk awal-awal.
Cadang nak pergi ziarah hari Ahad (semalam) tapi saya pulak demam + keletihan drive. Drive dari Lumut – Sitiawan – Ayer Tawar – Taiping – KL. Sampai KL kira-kira jam 4.30 pagi. Dah la waktu dok pusing zoo kena dukung Syasya ja. Memang penat.
Bang Lang saya ni kenduri kahwin sekali dengan saya di sebelah wife saya (tapi Bang Lang saya nikah 3 minggu awal). Anak sulung kami pun beza dalam tiga minggu jugak. Tapi la ni Bang Lang dah dapat anak kedua dah. Saya pun dalam proses setelah wife saya menamatkan pengajiannya. Semuanya rezeki yang Allah tetapkan.
Tahniah Bang Lang. Maaf kami lambat pi ziarah.
Comments : No Comments »
Categories : Diari
Komen Terkini