Categories
Diari

Selamat Hari Raya EidulFitri 1438H

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
_(Taqabbalallahu minna wa minkum)_

Moga Allah menerima Amalan kita sepanjang Ramadhan ini dan mempertemukanNya pada tahun hadapan…

آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

*Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1438H*
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada:
*Saiful, Huda, Syasya, Syafi, Syaza, Hafie & Hadif*

Categories
Diari

Alhamdulillah… Rezeki Raya

 

Alhamdulillah… Saya ternampak iklan Petronas Fuel Frenzy dan selepas mengisi minyak sebanyak RM60 saya menghantar SMS. Kemudian saya terima SMS berikut:-

Kemudian selepas mengikut arahan yang diberikan… Nama saya dimasukkan dalam senarai pemenang hari ke-9.

Anda cubalah pulak. Mana tahu rezeki anda pulak!

Categories
Diari

Singapore Trip 2017

Saya diberi peluang untuk menghadiri kursus Hitachi SAN Storage di Hitachi Data Centre Singapore pada 21-27 Mei lepas. Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, Singapura mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi saya. Ada kenangan di sana walaupun sudah hampir 20 tahun berlalu. Agak perit apabila kadar tukaran matawang yang tidak memihak kepada Ringgit. Memang terasa mahal serba serbi.

Banyak ilmu yang dapat saya pelajari walaupun terasa begitu sukar untuk memahaminya. Tenaga pengajar yang cukup berpengalaman seperti Mr. Suresh Rangga serta sahabat sekursus, Azre, Rashdan, Syawal, Sujeet banyak membantu saya yang masih baru dalam bab bab ni.

Kali ni sempat saya menjelajah lebih banyak tempat di sekitar Jalan Sultan. 2007 dahulu banyak berlegar di Orchard Road. Tempat saya menginap dahulu (Sha Villa) pun dah dirobohkan dah. Memang kali ni banyak berjalan di area Kg. Gelam, Masjid Sultan, Bugis Street, Mustafar Centre dan masjid masjid sekitar. Lepas ja waktu kursus, terus kami pi jelajah. Walaupun penat memang enjoy!

Sampai sahaja di Malaysia dah masuk Ramadhan 🙂

Terima kasih kepada semua yang membantu di Singapura 2017. InsyaAllah ada masa, berjumpa lagi…

 

Categories
Diari

Safirul Pulak Dah!

Alhamdulillah sekali lagi saya diundang ke Scoreboard Extra Time TV9 untuk membicarakan perihal perlawanan Akhir Piala FA 2017 di antara Kedah menentang Pahang. (Kedah Menang 3-2!) 

Terima kasih kepada pengurusan Media Prima Berhad terutama Tabah Syazwan yang memberi ruang dan peluang kepada saya bergandingan dengan Saudara Rezal Zamberi Yahya yang kini menjadi Timbalan Presiden PFAM.

Yang menjadi usikan kawan kawan ialah nama saya dipanggil Safirul pulak. Hehehe… Gara gara sedikit kesilapan komunikasi dengan krew tetapi itu cuma perkara kecil. Yang penting apa yang hendak disampaikan dapat disampaikan dan lebih penting, KEDAH JUARA LAGI 🙂

Categories
Diari

Di Tengah Kota

Kadang kala terasa penat cabaran di kota ini. Cukup bersesuaian dengan lirik lagu ini…

 

Di Tengah Kota

Penat berjalan di tengah kota
Mencari teman bukannya mudah
Kalau tak tahu cara bertanya
Kau akan tenggelam

Dibawa arus kesibukan kota
Yang tiada henti dari perubahan
Hidup ini penuh cabaran
Moga dapat bertahan

Kita manusia tiada berkuasa
Untuk menghalang dunia berputar
Hanya usaha untuk sejahtera
Kita harus mencuba

Memang sengsara jika hidup sendiri
Bagaikan hidup tanpa matahari
Oh dari itu jangan keterlaluan
Pentingkan diri sendiri nanti kau dipulaukan

ALLYCATS

 

Categories
Diari

Undangan Walimatul Urus

 

Dijemput semua untuk hadir ke Walimatul Urus Adik bongsu saya pada 04hb Februari 2017 di B8 Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar Kedah.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan menambah seri dan keberkatan majlis, InsyaAllah.

 

Categories
Diari

Tinjaun Rambang: Siapa Pilihan Presiden FAM yang baru?

Tinjauan Rambang suka suka…
 
Siapa Pilihan Anda? 

 

Categories
Diari

Suci Dalam Debu

Saya biasanya mengisi minyak di Sebuah Stesen Minyak di Jalan Cheras.

Beberapa minggu lepas, saya perasan seorang lelaki agak selekeh menjual keropok lekor di tepi laluan Stesen minyak tersebut. Timbul rasa kasihan tetapi saya tak rasa nak beli keropok lekor tersebut. Jadi setelah membeli sedikit barang, saya beli lah sebotol air teh sejuk dan berikan kepada beliau. Beliau amat terkejut dan mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada saya.

Lega rasanya melihatkan beliau dapat menikmati sedikit kesenangan walaupun sementara. Setiap kali saya lalu di stesen minyak tersebut, beliau akan melambai mesra kepada saya sehinggakan semalam, beliau menyekat saya dan ingin memberi sedikit keropok lekor kepada anak saya. Terpaksa saya menolak sebab saya tak sampai hati nak terima bukan kerana saya tak suka tetapi nilai yang hendak diberikan itu, terlalu besar bagi diri beliau. 

Nyata, beliau hendak membalas jasa saya yang tak seberapa itu dengan sesuatu yang amat bernilai bagi beliau. Sememangnya saya tabik kepada beliau. Dalam kesusahan tetapi masih mampu hendak sedekah dan berbuat kebaikan! Ia banyak menyedarkan diri saya agar lebih banyak memberi.

Sesungguhnya, saya kagum dengan beliau, InsyaAllah saya akan terus membantu beliau.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Categories
Diari

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-89

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-89

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 15 Januari 2017, bersamaan 16 Rabiulakhir 1438 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kedah Darulaman…

Categories
Diari

Orbisbux: Klik Untuk Jana Pendapatan

Please click here to support my site. TQ 🙂

Anda pun boleh menjana pendapatan sampingan jika kerap berada di hadapan PC. Cuma klik iklan dan dapatkan wang anda. Selamat mencuba 🙂

Klik sini: ORBISBUX