Categories
Diari

Ditemuramah RTM

Malam semalam, kira-kira jam 12.15 pagi, saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Bila saya lihat, nombor area KL dan saya pun menjawabnya. Rupanya wakil RTM yang nak interview untuk rancangan Wisel Penamat. Saya dimaklumkan untuk bersedia pada jam 12.40 pagi.

Selepas memberi persetujuan, saya bertanyakan tentang apa yang akan ditanya, dan saya pun prepare sahajalah jawapan. Namun apabila ke udara secara langsung soalan lain pula yang ditanya oleh pengacara iaitu Zainal Abidin Rawop dan Ismadi Abdul Manap (Senior saya di MRSM PDRM).

Alhamdulillah saya dapat menjawabnya secara spontan. Kalau sesiapa nak tengok kena cari rakaman Wisel Penamat semalam… Saya mewakili Kelab Penyokong Kedah dan turut dihubungi adalah wakil Penyokong Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak.

p/s: Saya jarang berbicara bab bola dalam diari saya, kebanyakan bicara bola saya adalah di HKC.

Categories
Diari

Batu Jatuh

Hmmm… Maaf tak dapat update seperti biasa kerana bercuti di kampung ketika ini. Tengahari tadi saya bertolak dari Penang ke Alor Setar. Sebelum persimpangan Sungai Petani Selatan, saya mengekori sebuah Naza Citra. Di depan Naza Citra tersebut ada sebuah kereta Proton Wira. Di depan Proton Wira tersebut adalah sebuah Treller yang membawa muatan batu bata.

Mulanya semuanya ok sampailah tiba-tiba batu sebesar saiz bata dari atas treller tersebut jatuh tapi nasib baik tidak kena Proton Wira tersebut tetapi Naza Citra tersebut gagal mengelak dari melanggar batu tersebut dan batu tersebut berpusing-pusing ke arah kereta saya.

Saya cuba mengelak tetapi gagal dan terlanggar batu tersebut. Alhamdulillah semuanya terkawal dan mujur tayar saya tidak apa-apa dan memang mencemaskan. Kemudian saya terus memintas treller tersebut dan selepas agak lama dan pulih dari kejutan tersebut barulah saya teringat nak ambil nombor pendaftaran treller tersebut tapi dah terlewat.

Selalunya saya memang jarang mengekori treller tapi tadi saya ingatkan ada dua biji kereta di depan, tidak berlaku keadaan yang tidak diingini, rupanya agak bahaya jugak. Lepas ni memang kena lebih jauh dari treller!

Categories
Diari

Dengar Laungan Yahoo!

Ringkas sahaja catatan hari ni. Anda buka laman Web Yahoo (www.yahoo.com). Kemudian anda kuatkan sound speaker anda dan klik pada tanda seru (!) pada perkataan YAHOO! di atas sekali tu. Anda akan dengar bagaimana Yahoo Dilaungkan.

Selamat Mencuba !

Categories
Diari

Sesekali Teringat: Perjalanan Hidup

Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah (SKTR)
1987-1992

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar (SMKDSO)
1993 (Sehari sahaja)

Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)
1993 (Sebulan sahaja)

MRSM PDRM
1993-1995

Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim (SMTLSAH)
1996-1997

Pusat Matrikulasi UUM (PMUUM)
1998-1999

Universiti Utara Malaysia (UUM)
1999-2002

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2004-kini

Categories
Diari

Acar atau Acad atau Acaq (Dialek Kedah)

Saya cuba mengenang kembali hari pertama saya bertugas di Kedah, iaitu di SMK Hosba, Jitra. Saya mula melapor diri pada hari Ahad, minggu kedua persekolahan, dalam bulan Disember 1995.

Kedatangan saya dialu-alukan Pengetua dalam perhimpunan pagi. Dua tiga kali nama saya disebut dalam perhimpunan itu. Selain diperkenalkan kepada pelajar, beliau juga membacakan biodata saya. Saya masih ingat lagi ayat beliau, “Cikgu Amin anak Perak pertama yang bertugas di sini. Jadi loghat Peraknya masih pekat.”

Selepas perhimpunan saya dibawa ke bilik guru. Di bilik guru saya berbual dengan beberapa orang guru yang telah lama berkhidmat di situ, antaranya Cikgu Mat Isa Ariffin, Cikgu Saidi Salim, Ustaz Man Kain, Ustaz Salam dan Cikgu Ismail.

Dalam bilik guru itu, saya menerima kuliah tentang penggunaan dialek Kedah. Cikgu Mat Isa memberitahu dialek Kedah cukup mudah dipelajari.

“Senang saja, Min, kalau hujung perkataan tu huruf ‘r’, hang tukaq jadi ‘q’. ”

Disampuk pula oleh Cikgu Ismail, “Alor Setar jadi Aloq Setaq, tukar jadi tukaq, air jadi ayaq, pagar jadi pagaq.”

Setelah lama berbual, kamipun menuju ke kantin. Kami mempunyai banyak masa untuk berbual kerana pagi itu ada taklimat kokurikulum yang disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum dalam dewan sekolah.

Sampai di kantin, kami terus mengambil makanan dan membuat bayaran. Sambil menikmati makanan kami terus berbual tentang kebolehan dan kemampuan pelajar Hosba menghadapi peperiksaan.

Mendapati kuah dalam acar timun telah kering, saya memanggil pengusaha kantin lalu berkata, “Kak, tolong tambah ayaq acaq.”

Serentak itu berderai guru-guru yang ada di kantin ketawa sehingga ada yang tersembur makanan dalam mulut. Cikgu Mat Isa ketawa berdekah-dekah sampai menekan-nekan perut.

Setelah keadaan reda Cikgu Ismail mencelah, “Hang nak tambah ayaq acaq, Min. Hang ambik sendiri kat belakang tu, ayaq kumbahan.”

Barulah saya sedar, rupanya ada kekecualian dalam dialek Kedah untuk perkataan acar. Acar disebut acad, bukannya acaq.

source: http://wwwaminar.blogspot.com/ (12/03/2009)

Categories
Diari

Nombor Ekor

Hmmm… Beberapa malam lepas saya keluar dari rumah untuk membeli makanan. Di hadapan Apartment saya ada sebatang jalan dan di sebearang jalan itu terdapat seorang penjual akhbar Berbahasa Cina menjual akhbar Cina edisi malam.

Kemudian sewaktu saya nak melintas jalan, saya tengok ada mamat Bangla menghampiri penjual tersebut. Saya terus perhatikan sebab maybe Mamat Bangla ni pandai Bahasa Cina dan nak beli paper Cina tapi rupanya bila sampai di situ di mengambil sehelai kertas kecil dan membayar 30 sen.

Lalu saya terus menjenguk kat tempat tu, kertas apa yang harganya 30 sen ruapa-rupanya keputusan nombor ekor! Hmmm.. Teringat pulak zaman saya sekolah rendah dulu. Waktu darjah satu dan satu semester darjah dua saya naik bas sekolah. Bas Pak Mat.

Sewaktu darjah satu, saya bersekolah pagi. Sewaktu darjah dua, saya bersekolah sesi petang. Ketika balik, Bas akan melalui Jalan Telok Wan Jah dan abang konduktor bas akan berhenti beli keputusan nombor ekor. Waktu tu harganya 10 sen kot. Kertas yang lebih kurang sama dengan yang saya tengok beberapa hari lepas. Antara tempat yang ada jual waktu tu, di Jalan Datuk Kumbar dan depan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Seingat saya begitulah. Cuma bila tengok Mamat Bangla tu beli teringat zaman dulu dan ingatkan zaman dah berubah, orang tengok Internet. Hehehe… Apa pun tikam nombor ekor adalah Haram di sisi Islam. Tak berkat!

Categories
Diari

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberikan peluang untuk sama-sama menghayati Hari yang cukup bermakna kepada Umat Manusia iaitu Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Semoga dengan sambutan ini, kita dapat kembali menghayati betapa mulianya akhlak Rasulullah dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Tema sambutan tahun ini ialah “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”. Wahdah yakni perpaduan adalah cukup penting dan amat kritikal dalam usaha mengembalikan kegemilangan Umat Islam. Umat manusia kini menghadapi pelbagai macam cabaran dan sebagai Umat Islam, marilah kita sama-sama rapatkan Saf mempererat perpaduan yang kini dilihat semakin retak.

Rasulullah telah memberikan satu contoh teladan yang unggul dan sempurna agar kita contohi dan praktikkan. Marilah kita berusaha ke arah itu walaupun usaha kita mungkin dilihat kecil tetapi walau kecil kalau ia membawa kita kepada kebaikan, ia tetap bermanfaat.

Satu pesanan buat diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian. Sama-sama kita renungkan bersama.

Categories
Diari

Tazkirah: Istidraj

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat  (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

p/s: Tazkirah saya terima menerusi email

Categories
Diari

Hutang

Bila Sahabat saya Dxoul menulis soal hutang ni, saya rasa tergerak nak tulis.

Sewaktu mula berkahwin, saya menghadapi satu krisis kewangan yang cukup mencengkam. Hmmm… Memang agak menekan perasaan saya ketika itu. Pelbagai perkara datang serentak. Dengan kereta rosak dan lain-lain menyebabkan saya amat amat memerlukan wang. Ketika itu wife saya masih tidak bekerja dan bayangkan hidup di kota kosmopolitan yang cukup mencabar ini.

Tiada jalan lain selain meminjam dari sahabat dan saudara mara walaupun terlalu berat + malu untuk mminjam tetapi dek kerana desakan yang teramat sangat, saya terpaksa. Jasa mereka yang meminjamkan saya ketika itu amat saya kenang.

Alhamdulillah kini dah semakin stabil dan selesa.

Kemudian ada rakan yang nak meminjam. Saya teringat kembali saat sukar sebelum ini saya lalui. Jadi saya meminjamkan wang kerana biasalah hidup ini iabarat putaran roda. Ada ketika di atas dan ada ketika di bawah. Namun perkara yang paling membimbangkan saya berlaku.

Ada seorang yang dahulu merayu untuk meminjam. Lalu saya pinjamkan wang. Dia janji untuk membayar selepas masalah kewangannya selesai. Masa berlalu, kemudian saya teringat yang beliau berhutang dengan saya. Jadi saya tak mahu nak minta lagi kerana mungkin beliau masih belum dapat atasi masalah kewangan beliau.

Jadi saya merisik khabar beliau. Biasalah zaman sekarang, Friendster, Myspace dan Facebook memang cukup popular. Saya lihat profile beliau dan saya agak terkejut kerana, seolah-olah tiada langsung masalah kewangan. Beliau sentiasa update profile beliau dan dari aktiviti seperti bercuti dan aktiviti harian lain yang saya lihat jauh lebih mahal daripada wang yang beliau pinjam dari saya.

Lalu saya pun mesej dan SMS memberi no akaun saya untuk dimasukkan wang ke akaun saya untuk bayar semula hutang beliau kepada saya. Namun, mesej dan SMS saya tidak berbalas. Memang agak mengejutkan saya. Hmmm… Bagi saya terpulanglah kepada empunya diri untuk melunaskan  hutang beliau. Saya senang sahaja. Saya tak mahu bermusuh atau putus kawan. Saya akan layan beliau sebagai seorang kawan seperti biasa. Saya akan bergaul dengan beliau seperti biasa.

Saya yakin dia dah dewasa dan sedar. Mungkin ada sebab dia tak bayar lagi. Entahlah… Semuanya bergantung kepada niat kita. Sekarang ni ,terpulanglah kepada orang itu bila nak bayar atau tak mahu bayar. Saya hanya akan tunggu dan lihat sahaja reaksi dia…

Categories
Diari

CMMI

Hmmm… La ni jabatan saya sedang melakukan satu kajian jurang perbezaan untuk mendapatkan CMMI. CMMI ialah Capability Maturity Model Integration yang diperkenalkan oleh Software Engineering Institute of Carnegie Melon University (CMU). One of my friends pernah study di CMU ni.

CMMI ni lebih kepada proses. Ia akan melihat sejauhmana keberkesanan proses di dalam sesebuah organisasi dan langkah-langkah memperbaikinya. Ia memang cukup bagus untuk jabatan saya dan saya amat-amat mengalu-alukannya. Kalau ISO 9001:2000 ada 5 requirement tetapi CMMI lebih mendalam dengan 22 requirement. Hmmm… Lepas ni bertambah lah tugas saya. Aduh…

Hari ni saya akan hadapi proses interview oleh salah satu konsultan iaitu mfQAsia. Ada lima tahap dalam CMMI ni dan matlamat awal adalah pada tahap 3. Bagi saya ia merupakan satu cabaran yang harus disahut dan saya melihatnya sebagai sesuatu yang akan memudahkan tugas saya pada masa hadapan walaupun pada permulaannya agak sukar kerana saya rasa banyak yang perlu diperbetulkan. At least ada juga peningkatan. Better late than never.

Hari ni dan esok, saya akan hadapi sesi ini. Saya pun masih lagi belum memahami sepenuhnya tetapi dari segi konsep asas memang nampak ia lebih kepada PROSES yang memudahkan tugas saya pada masa hadapan. Harapnya begitulah…