Categories
Diari

Hujung 2018 yang Indah

Alhamdulillah tanggal 13 Disember lalu, isteri saya telah melahirkan cahayamata keenam, Syaura Hana. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mudah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu Ya Allah

 

ALHAMDULILLAH 

 

Categories
Diari

Percuma RM50: Rebut Segera!

Tajuk tu cuma gimik ja. Hehehe…

Sebenarnya saya nak berkongsi peluang mendapatkan RM50 untuk anak anda menerusi simpanan SSPN-i. Tawaran ini hanya layak untuk anak anda yang berusia 7 tahun dan sehingga 31 Disember 2017 sahaja. Cepat! Tinggal 18 hari sahaja lagi. Boleh klik imej di bawah untuk maklumat lanjut.

 

Saya baru sahaja selesaikan pembukaan akaun untuk anak saya di Laman SSPN-i secara online. Bagi yang sudah ada akaun simpanan cuma jadikan akaun anak anda sekurang kurangya RM50 dan bagi pembukaan akaun baru, depositkan RM50 sahaja.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Di samping itu ada juga cabutan bertuah tahunan. Mana tahu ada rezeki anda sambil menabung untuk anak anak.

Categories
Diari

Pendapatan Sampingan: Toluna

Saya ada menulis tentang cara menambah pendapatan menerusi YouGov.

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu lagi Laman menjawab survey dan anda boleh jana pendapatan iaitu Toluna. Caranya sama seperti YouGov iaitu dengan manjawab survey, anda boleh menjana pendapatan anda.

Selain itu, anda juga boleh menghasilkan tinjauan pendapat dan menjawab tinjauan pendapat ahli lain di mana jika ia merupakan tinjauan berkualiti, anda akan mendapat mata daripada Toluna. 

>>SERTAI TOLUNA <<<

Untuk makluman anda, kadar tukaran wang ialah 16000 mata = RM20.

Anda bukan sahaja boleh menukar mata kepada wang tetapi juga pelbagai voucher pada pusat ganjaran.

Anda juga berpeluang memenangi cabutan bertuah mingguan sebanyak RM500 dengan menjawab survey survey yang disediakan. Setiap satu survey yang anda jawab, anda akan diberikan satu penyertaan dalam cabutan bertuah. Setiap minggu 25 pemenang akan mendapat RM500! Mana tahu ada rezeki anda.

Saya sudah pun setahun menyertai Toluna dan biasanya saya boleh dapat antara RM40-RM100 sebulan. Oklah tu, boleh tampung sedikit sebanyak keperluan bulanan.

Cubalah… Bolehlah menambah sedikit sebanyak pendapatan anda! Jangan kata saya tak habaq 😉

TOLUNA

Categories
Diari

Hebat sangat ke Ramon Marcote?

 

MOHD FAHMI ISMAIL
2 DISEMBER 2017

HEBAT benarkah aura Ramon Marcote ini apabila namanya menjadi siulan sehingga seluruh pelusuk negeri Kedah termasuklah kedai kopi bawah pokok ketapang di Kodiang, Kedah.

Itu kiasan terbaik yang boleh diterjemah penulis kerana buka sahaja laman sosial, pengguna internet menulis dan membincangkan Roman Marcote hingga larut malam.

Benar, beliau antara individu yang mengendali pasukan Lang Merah pada 2015 hingga mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia, namun dikecewakan Selangor yang berjaya dalam pemburuan Misi 33.

Namun, perkara ini bukan spekulasi semata-mata apabila ada yang dikatakan sanggup menyambut warga Sepanyol ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seandainya pesawat membawanya tiba di Malaysia!

Setiausaha Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC), Saiful Azrul Che Lah ketika dihubungi memberitahu, peminat sudah tentu meletakkan harapan setinggi Gunung Jerai kepada Marcote bagi meneruskan kecemerlangan Kedah sebagai salah satu gergasi bola sepak Malaysia.

“Pengalaman Ramon yang sudah biasa dengan majoriti pemain dan suasana di Kedah, sudah pasti memberi kelebihan kepadanya untuk mencapai kejayaan.

“HKC juga mengalu-alukan kehadiran Marcote ke bumi jelapang padi dan Stadium Darul Aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Presiden Peminat Bola Sepak Kedah (PBK), Ahmad Fazli  Mansor menyifatkan kepulangan semula Ramon sebagai tepat pada masanya.

“Saya pun ada dengar dia nak mai (datang) Kedah. Jika betul berita ini, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

“Lagipun, seluruh pemain dah biasa dengan corak latihan Ramon dan saya harap gandingan dia dan Nizam (Mohd Nidzam Adzha Yusof) menjadikan pasukan Kedah lebih mantap dan jitu,” katanya.

Akhbar ini pada Khamis lalu melaporkan perbincangan kini giat dijalankan antara Persatuan Bolas Sepak Kedah (KFA) dan Marcote dalam usaha untuk membawa beliau kembali membimbing Hijau Kuning pada 2018.

Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew berkata, setakat ini beliau difahamkan semua proses rundingan berjalan lancar dan berharap kedua-dua pihak akan mencapai keputusan positif.

Menurutnya, beliau juga berharap penyokong Kedah dapat bersabar untuk menunggu pengesahan rasmi daripada badan induk bolasepak Kedah tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sukan/hebat-sangat-ke-ramon-marcote-1.765129

Categories
Diari

Karnival HyppTV

 

Hari ni sempat meluangkan masa untuk membawa anak anak ke Karnival HyppTV di Sunway Velocity alang alang dah dekat dengan rumah saya. Saya pun pengguna HyppTV, bolehlah tengok dengan lebih dekat apa yang ditawarkan.

Banyak aktiviti untuk anak anak yang boleh disertai. Antaranya Fear Factor, soccer shoot, free photo session, be a hero, mewarna dll.

Selepas lengkapkan aktiviti di setiap reruai (booth), anda boleh redeem goodies. Antara hasil yang diperolehi ialah Buku buku, kipas mini, pen dan lanyard.

Banyak juga promosi menarik yang ditawarkan. Masih ada 2 hari lagi berbaki jika anda hendak sertai!

Categories
Diari

Salam Maulidur Rasul 1439H

Categories
Diari

Alhamdulillah Rezeki… Terima Kasih Senheng Malaysia

Alhamdulillah Rezeki… Samsung Galaxy Note FE.

Terima kasih Senheng Malaysia! FB Senheng Malaysia

 

Categories
Diari

Corat Coret Final Piala Malaysia 2017

Corat Coret Final Piala Malaysia 2017

Saya tak rela ketinggalan Final kali ini setelah tak dapat menghadiri Final Piala FA 2017.

Terpaksa menempuh jadual yang padat pada hari perlawanan.

Pagi – Menghantar dua anak mengikuti rombongan sekolah. Seorang ke melaka dan seorang ke kidzania.

Kemudian, menghantar wife ke event Hai O di Stadium Malawati (sebelah ja Stadium Shah Alam). Jam 11 pagi dah terasa kehangatan perlawanan. Jalan dah jam.

Tengahari sempat bawa anak anak lelaki merasai kemeriahan suasana final di sekeliling stadium.

Kemudian kembali berehat sekejap di Cheras.

05.30 petang – Ambil anak yang baru pulang dari rombongan Kidzania.

07.00 malam – Nak hantar wife balik rumah dari Stadium Malawati tapi jam 08 malam baru dapat hubungi dan jumpa disebabkan line yang sesak.

08.00 malam – pecut balik Cheras

08.25 malam – Ambil anak di Masjid An Najihin, Bandar Sri Permaisuri. Sempat Solat Isyak berjemaah di Masjid.

08.45 malam – Rempit ke Stadium. Sampai ke seat Stadium Shah Alam sewaktu nyanyian lagu negaraku. Tewas 0-2 tetapi tidak terlalu kecewa. Just enjoy the game 

malam rasa lain macam terus balik walaupun ramai yang ajak minum. Terjumpa Hafiz Azreena dan konvoi balik Cheras. Bila terasa lapar terus ajak Hafiz minum. TAPI selepas tengok phone baru perasan tertukar kunci dengan wife. Jadi wife dan anak anak tak dapat masuk rumah dan terpaksa tidur dalam kereta!

Sorry Huda Maktar dan anak anak 

Categories
Berita Diari

Belasungkawa: Kesedihan Melanda Kedah, Kemangkatan Sultan Kedah

Tak terkata diri saya apabila mendengar berita ini. Cuma doa mampu dikirimkan dan tak berkesempatan menziarahi. Semoga roh Almarhum diberkati dan dirahmati Allah serta ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman, Aamiin…

Categories
Diari

Mood SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017!

 

Mood Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kini DIAKTIFKAN 😉