Categories
Diari

Puisi: Mimpi, Ilusi, Realiti?

Mimpi, Ilusi, Realiti?

Mimpi atau ilusi atau realiti
Terngiang dalam diri
Tatkala hilang dalam realiti
ia seakan mimpi dan kadang kala seperti ilusi

Biar pun apa jua
Yang pasti keindahannya tetap terasa
Kesegarannya mekar mengharum
Biar pun bukan realiti
Bahagianya cukup terasa

Segalanya yang lalu cukup indah dalam ingatan
Apa pun
Hanya Allah yang tahu
Segalanya

Kita Hanya Insan yang berserah kepada setiap ketentuan-Nya
Kepada-Mu kuberserah

Saiful
10/09/2012
Cheras Baru

Categories
Diari

Rumahku Syurgaku

Panorama yang mendamaikan dari balkoni rumah saya.

Categories
Diari

Al-Fatihah Buat Zahari Hasib

Jujur saya katakan, saya tidak begitu mengenali beliau dan tidak pernah mencari dan mengkaji latar belakang beliau. Namun saya cukup mengkagumi karya-karyanya yang begitu dekat dengan hati saya. Paling saya minati adalah puisi “Perbandingan Bahasa”

Perbandingan Bahasa

Amat sukar memahami bahasa ombak,
Sesekali menampar dengan ramah dan manis,
Melontarkan sepasang kekasih ke alam mimpi,
Kadangkala bengis dan gemuruh,
Memecahkan batu serta terumbu karang,
Atau membanting serta menenggelamkan,
Ribuan kapal dan perahu,
Sehingga ini mungkin hanya si burung camar saja,
Yang tahu dan mengerti apa yang tersembunyi,
Di balik alun riaknya

Namun lebih sukar lagi hendak memahami
Bahasa manusia kerana mereka amat bijak
Berselindung di sebalik seribu pepatah dan
Perumpamaan, penuh kias ibarat serta puisi,
Kadangkala meski pada lahir kedengaran
Lembut dan lunak beralun tapi dalam hati
Tak siapa yang tahu kesumat yang terpendam,
Daripada pertuturan bahasa tidak terkawal
Entah berapa banyak hati yang berdarah terluka,
Ikatan muhibah menjadi roboh binasa,
Akibat tajam dan pedihnya kata-kata,
Kerana itu sabda nabi:
“Adapun orang terbaik antara kamu ialah Muslim yang dapat menyelamatkan Muslim yang lain daripada angkara jahat oleh perbuatan tangan dan lidahnya”.

Marilah kita berbahasa sebaik mungkin,
Kerana bahasa jiwa bangsa,
Marilah kita bertutur seindah mungkin,
kerana jika mata pedang itu tajam,
Tapi tajam lagi kata-kata

ZAHARI HASIB
KUALA LUMPUR

 

Akan tetapi ketika menyelak halaman akhbar Berita Harian hari ini saya terbaca satu tajuk berita “Zahari Meninggal Ketika Azan”. Memang cukup mengejutkan diri saya apatah lagi seperti yang saya katakan, saya tidak pernah cuba mencari siapa sebenarnya Zahari Hasib. Cuma meminati karyanya sahaja. Kini ia sedikit menjadikan diri saya terkilan.

Apa pun terima kasih Zahari Hasib. Al-Fatihah dan doa kukirimkan dari depan komputer ini.

Al-Fatihah…

Terima kasih
kepada pagi
yang menantang angin lembut
segar serta nyaman

Terima kasih
kepada mentari
yang membawa sinar terang
hingga boleh membaca
serta mencatat ilham
untuk menulis beberapa rangkap puisi

Terima kasih
dan selaut kesyukuran
kepada tuhan
yang telah membenarkan aku
hidup sehari lagi
pada hari ini!

ZAHARI HASIB
Teluk Intan, Perak

Pautan tambahan… http://karyawanpk.blogspot.com/2012/02/zahari-hasib-meninggal-dunia.html / http://www.angelfire.com/on4/saifulazrul/PPuisi3.htm

Categories
Diari

Alhamdulillah… Rezeki

Alhamdulillah…

Terima Kasih Ya Allah…

Categories
Diari

Terima Kasih Dr. Taufik

Hari ini, merupakan hari yang sukar untuk saya perjelaskan.

Mood yang agak sedih setelah terpaksa berpisah dengan Ketua Jabatan yang telah banyak membantu saya dalam karier. Seorang Ketua Jabatan yang cukup prihatin dan mesra walaupun kadang kala kami semua terketar-ketar kalau beliau dalam mood marah. Tetapi semuanya hanya disebabkan kerja dan selepas itu, semuanya kembali OK.

Pernah saya menghadapi masalah kesempitan wang, lalu saya meminjam dengan beliau. Cukup mudah. Begitu juga dalam soal kesihatan, banyak perkara yang saya tanyakan untuk kepastian. Keperihatinan beliau dalam menjaga kebajikan staf-staf di bawah beliau juga cukup membuatkan kami semua berasa selesa.

Hala tuju dan perancangan mantap beliau telah menaikkan imej jabatan ke tahap yang cukup membanggakan. Namun sudah resam dunia. Perpisahan tidak dapat dihalang. Kami kini kehilangan seorang Ketua Jabatan yang amat berdedikasi dan memahami.

Sewaktu majlis perpisahan tadi, memang saya tidak mahu berdepan secara terus dengan beliau kerana masih mengharap beliau akan kembali ke jabatan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

Apa pun Terima Kasih Prof. Madya Dr. Ahmad Taufik Jamil.

Categories
Diari

Sembah Tahniah. Daulat Tuanku !

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah di atas perlantikan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 berkuatkuasa 13 Disember 2011.

DIRGAHAYU TUANKU

Terciptanya sejarah apabila Tuanku Sultan Abdul Halim menjadi Sultan pertama bertakhta sebagai Agong buat kali kedua setalah kali pertama pada tahun 1970.
Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950-an.
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku
Ikhlas dari Patik  dan Rakyat Negeri Kedah Darulaman…

 

Categories
Diari

Masalah Dengan Hosting

Maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini.

Ini sebenarnya disebabkan oleh masalah dengan hosting provider. Kebetulan akaun saya tamat sehari sebelum hari raya puasa dan saya pula menukar akaun dari reseller kepada akaun atas nama sendiri. Beberapa kekeliruan dan kesilapan setting berlaku sehingga saya gagal mencapai akaun saya di lokasi-lokasi tertentu.

Alhamdulillah kini ia telah berjaya diatasi dan kembali seperti biasa. Saya akan mengemaskini catatan yang saya tulis sepanjang permasalahan berlaku.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, InsyaAllah…

Categories
Diari

Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2012

Untuk panduan semua…

Hari Peristiwa/ Perayaan Cuti untuk
1 JanuarySunday New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 JanuarySaturday Yang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan only
23 JanuaryMonday Chinese New Year Nationwide
24 JanuaryTuesday Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
1 FebruaryWednesday Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 FebruarySunday Prophet Muhammad’s Birthday(Maulidur Rasul) Nationwide
7 FebruaryTuesday Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 MarchSunday Anniversary of Installationof Sultan of Trengganu Trengganu only
30 MarchFriday Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
6 AprilFriday Good Friday Sabah & Sarawak only
11 AprilWednesday Hari Pertabalan Agong ke-13 Nationwide
15 AprilSunday Declaration of Malacca asa Historical City Malacca only
19 AprilThursday Sultan of Perak’s Birthday Perak only
1 MayTuesday Labour Day Nationwide
7MayMonday Hari Hol Pahang Pahang only
5 May Thursday Wesak Day Nationwide
17 MayThursday Raja Perlis’ Birthday Perlis only
30- 31 MayWed & Thu Harvest FestivalPesta Kaamatan Sabah Sabah & Labuan only
1 – 2 JuneFri & Sat Sarawak Harvest FestivalHari Gawai Sarawak Sarawak only
2 JuneSaturday Malaysian King’s BirthdayHarijadi Agong Nationwide
17 JuneSunday Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 JulySaturday Georgetown Heritage Day Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 JulySaturday Penang Governor’s Birthday Penang only
20 JulyFriday Sultan of Trengganu’s Birthday Trengganu only
21 JulySaturday Awal RamadanStart of Muslim fasting month (bulan Puasa) Johor, Kedah & Malacca only
6 AugustMonday Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 AugSun & Mon Hari Raya Puasa * Nationwide
31 AugustFriday National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 SeptemberSunday Sarawak Governor’s Birthday Sarawak Governor’s Birthday
16 SeptemberSunday Malaysia Day &Sabah Governor’s Birthday NationwideSabah
14 OctoberSaturday Malacca Governor’s Birthday Malacca only
24 OctoberWednesday Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
26 OctoberFriday Hari Raya Haji *Hari Raya Qurban Nationwide
27 OctoberSaturday Hari Raya Haji (2nd Day) *Hari Raya Qurban Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 NovemberSunday Deepavali or Diwali Nationwide, except for Sarawak
15 NovemberThursday Awal Muharram(Maal Hijrah) Nationwide
22 NovemberThursday Sultan of Johor’s Birthday Johor only
11 DecemberTuesday Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
25 DecemberTuesday Christmas Nationwide

*Tertakluk kepada perubahan

CUTI SEKOLAH TAHUN 2012

Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)

Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)

sumber: http://www.xpresi.org/jadual-kalendar-cuti-sekolah-cuti-umum-tahun-2012/

Categories
Diari

Sudah Bayar Zakat Fitrah?

Kalau ikutkan kiraan dan ramalan banyak pihak termasuk kiraan ahli Falak, dijangkakan hari ini merupakan hari terakhir Umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi dalam keriangan untuk menyambut kemeriahan Syawal dan hari kemenangan, adakah anda sudah menunaikan Zakat Fitrah? Jangan asyik sibuk membeli belah keperluan raya sehingga kita terlupa kewajipan ini.

Zakat Fitrah berbeza daripada Zakat Pendapatan, Zakat Fitrah ada penyuci dan pelengkap kepada mereka yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan ia digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan (asnaf) bagi menghadapi 01 Syawal. Justeru ia mempunyai tempoh-tempoh tertentu untuk mengeluarkannya iaitu:

1. Waktu Wajib – Apabali terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Afdhal – Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

3. Waktu Sunat – Sepanjang Bulan Ramadhan.

4. Waktu Makruh – Selepas Solat Sunat Aidilfitri sehingga terbenamnya matahari 01 Syawal.

5. Waktu Haram – Selepas terbenamnya matahari 01 Syawal.

Berikut adalah maklumat kadar zakat bagi setiap negeri bagi tahun 2011.

Kredit kepada Kosmo

Jadi bagi sesiapa yang masih beluam menunaikan Zakat Fitrah, cepat-cepatlah tunaikannya sebelum terlambat. Jangan buat-buat lupa 😉

p/s: Saya pun tak tunaikannya lagi, baru nak keluar tunaikannya… 🙂

Categories
Diari

Mencemar Ramadhan

Tahun lepas saya menulis tentang Menghormati Ramadhan.

Tahun ini hari pertama puasa, saya menyaksikan tidak berlaku seperti apa yang saya tulis tahun lepas. Hari berlalu dan setelah dua minggu umat Islam berpuasa, salah seorang peniaga nasi lemak tersebut kembali berniaga pada waktu pagi ketika semua sibuk menuju tempat kerja masing-masing.

Mulanya, saya cuba melihat sama ada pelanggan beragama Islam atau tidak. Tetapi oleh kerana saya hanya lalu sepintas lalu, agak kurang jelas walaupun nampak seakan-akan Muslim. Pagi tadi saya memperlahankan motor saya dan jelas kelihatan wajah Muslim berhenti membeli nasi lemak daripada peniaga tersebut walaupun cuba melindungkan identiti dengan topi kaledar.

Nampaknya sudah melampau !

Lalu, saya sudah pun membuat aduan kepada seorang YB untuk tindakan lanjut. Mudah-mudahan peniaga tersebut menginsafi apa yang telah dialkukannya dan berhenti daripada mencemar Ramadhan yang penuh keberkatan ini, InsyaAllah…