Categories
Ulasan Buku

Tip Didik Anak Gaya Nabi

Tip Didik Anak Gaya Nabi berdasarkan buku oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Diedit dalam bentuk visual oleh isteri saya. Untuk tip penuh, dapatkan buku dalam pasaran.

 

Categories
Ulasan Buku

Ulasan Buku: Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Setelah selesai membaca buku ini, dapatlah saya lakukan sedikit ulasan terhadap buku ini.

Dalam kehidupan masa kini, agak sukar untuk lari daripada HUTANG. Apabila berhutang ia menjadikan kita hilang rasa TENANG. Justeru, perlu ada strategi yang betul dalam menguruskan kewangan kita. Merangka perbelanjaan dan memikirkan implikasi yang bakal berlaku dan yang PALING PENTING ialah MELAKSANAKAN PERANCANGAN yang kita laksanakan.

Mengurus kewangan tidak semudah yang disangka dan ia memerlukan pelbagai pandangan dari aspek lain agar kita mampu mengalihkan TEKANAN KEWANGAN kepada sesuatu yang memberi kita kepada KESELESAAN KEWANGAN. Jadi menerusi buku ini saudara Shamsuddin Kadir telah mengupasnya dengan cukup mudah untuk difahami. Bagaimana kita hendak menguruskan hutang dengan baik? Dapatkan naskhah anda di PTS atau layari Laman Web Shamsuddin Kadir.

Categories
Ulasan Buku

Ulasan Buku: Keluarkan Singa Daripada Diri Anda

Alhamdulillah, saya sempat selesaikan pembacaan sebuah lagi buku yang begitu membantu saya iaitu “Keluarkan Singa Daripada Diri Anda” oleh Tuan Haji Muhammad Zakaria.

Buku ini akan membantu kita mengenali bakat terpendam yang ada dalam diri kita dan InsyaAllah ia mampu memberikan kekuatan kepada kita untuk meneruskan survival perjuangan dalam kehidupan.

Saya mengesyorkan anda mendapatkan buku ini agar kita dapat mendalami diri kita dengan lebih baik. Ia berharga RM20 dan kalau ada rezeki, mungkin boleh dapatkan diskaun.

Buku ini juga dipenuhi dengan ilustrasi dan gambar yang cukup menarik hinggakan anak saya pun berminat nak menatap walaupun tidak memahami isinya.

Saya akhiri dengan petikan sinopsis Kulit Belakang buku ini, “Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi“. Yang lain memanggilnya “harimau“. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “SINGA“. Buku ini cuba membantu anda mengeluarkan SINGA tersebut daripada diri anda. Kemudian memandu SINGA yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.”

Categories
Ulasan Buku

Ulasan Buku: Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

Hmmm… Alhamdulillah dapat jua saya habiskan buku yang baru saya beli ini. Harganya RM19.90 dan memang dalamnya terdapat pelbagai info berguna tentang ilmu keibubapaan. Ia adalah hasil daripada Dato’ Dr. Mohamad Fadzilah Kamsah, Tuan Haji Muhamamad Zakaria dan Husna Hassan.

Sebagai seorang bapa, saya merasakan perlu untuk saya sentiasa menambah ilmu tentang bagaimana untuk membentuk diri anak menjadi positif kerana kadangkala saya merasakan ada aspek-aspek yang saya kurang ketahui. Jadi dengan adanya buku ini, sedikit sebanyak dapat saya pelajari beberapa aspek penting untuk mendidik anak.

Hmmm… Sampai jam 2.30 pagi saya habiskan masa untuk membaca buku ini. Memang tidak membosankan kerana ia dilengkapi dengan ilustrasi, gambar dan kualiti gambar yang menarik perhatian pembaca. Begitu juga dengan tips yang diberikan dan diolah dengan gaya yang tidak membosankan.

Apa pun, saya masih kena banyak belajar tentang kemahiran menjadi seorang bapa untuk mendidik anak terutamanya zaman saya dan anak saya sememangnya berbeza dan ada pendekatan yang lebih bersesuaian dengan kehendak zaman.

Sesungguhnya dalam hati, saya ada terdetik kerisauan untuk mendidik anak di persekitaran yang begitu mencabar seperti di Kuala Lumpur ini. Sebelum merubah anak, saya sendiri kena berubah dahulu…