Saya sempat layan game Datuk Lee Chong Wei vs Taufik Hidayat pada semifinal BWF France Super Series tadi. Awalnya memang cukup best game ni tapi mula pertengahan game kedua dah mula dikuasai Taufik. Nampaknya Taufik dah semakin menghampiri puncaknya kembali.

Taufik menang 18-21,21-14,21-11.

Saya sebenarnya tak risau dengan Datuk Lee Chong Wei. Selalunya selepas Olimpik, player akan menurun kerana dah capai waktu kemuncak pada Olimpik. Sebab itulah Lin Dan still tak beraksi selepas Olimpik kerana dia tahu tahap dia ketika selepas Olimpik.

Datuk Lee Chong Wei pula, boleh dikirakan konsisten walaupun tiga kejohanan selepas Olimpik tetapi hanya tewas dua di Final dan satu di semifinal. Not bad! Program Untuk Datuk Lee Chong Wei untuk kembali ke puncak oleh ISN, saya difahamkan hanya akan bermula pada Januari 2009. La ni misinya adalah untuk pertahankan takhta nombor satu dunia!

Apa pun game tadi memang cukup menarik minat Mat-mat Salleh perancis. Hehehe…